Monday 27 April 2015

Tips Mudah dan Cepat Menyediakan Makanan

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dengan izinNya.

Sebagai seorang suri rumah dan juga ibu memang akan memikirkan cara yang mudah dan cepat untuk menyediakan makanan. Walau apa pun status wanita itu, sama ada wanita bekerjaya di luar rumah atau bekerja dari rumah hatta seorang suri rumah sepenuh masa pun tentu ingin menyediakan pelbagai jenis juadah dan kuih muih untuk yang tersayang dalam masa yang pendek.

Kehadiran tetamu yang tidak dijangka ataupun memaklumkan kehadiran dalam masa yang singkat sudah tentulah akan menimbulkan kekalutan kepada kita. Tetapi kita wajib meraikan kehadiran tetamu dengan sebaik-baiknya kerana tetamu yang datang ini membawa rahmat dan juga membantu menghapuskan dosa kecil kita dan seluruh isi rumah. Kerana itulah sesuatu yang menyeronokkan dan memuaskan hati jika dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri.

Jom, kita tengok apa makanan dan masakan yang boleh disediakan dan disimpan secara sejuk beku untuk hidangan tetamu. Perkongsian ini saya kreditkan dari http://aziejaya.blogspot.com/

Karipap
Karipap yang disediakan boleh disimpan di dalam freezer. Terdapat dua cara untuk menyimpan karipap sejuk beku. Pertama ialah menyusun karipap yang telah diklim di dalam dulang dan dimasukkan ke dalam freezer selama 30minit-1 jam. Keluarkan dari freezer dan disusun di dalam bekas bertutup. Bolehlah disimpan di dalam freezer.

Satu cara lagi ialah dengan menggoreng seketika karipap tersebut dan apabila sejuk, dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Tujuannya ialah untuk mematikan tepung supaya karipap tidak melekat antara satu sama lain. Sebelum menggunakannya, keluarkan dari freezer seketika dan gorenglah seperti biasa.
 
Donut
Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam freezer bag. Simpan di dalam freezer. Keluarkan dari freezer seketika sebelum digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.

 
Muffin/cupcake
Ini adalah satu lagi makanan yang biasa disimpan di dalam freezer. Untuk mengekalkan kelembapannya, balut muffin atau cupcake atau kek yang telah dipotong menggunakan aluminium foil. Kemudian balutkan di bahagian luar dengan plastic wrap sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik untuk disimpan di dalam freezer. Contoh kek yang biasa dibuat adalah seperti Kek Keju, Kek Karot dan Kek Red Velvet.
 


 
 

Keropok Lekor
Keropok lekor terutama keropok lekor dari Terengganu merupakan makanan kegemaran kebanyakkan orang. Jadi setiap kali membeli atau mengirim kepada kawan-kawan yang ke sana, sudah tentu anda akan menyimpan keropok lekor di dalam freezer. Apabila hendak digunakan keluarkan keropok lekor dan dikukus seketika sebelum digoreng. Jangan sekali kali merebus keropok lekor kerana ianya akan menjejaskan rasa keropok lekor berkenaan.

 



 


Buah-buahan
Buah-buahan terutama buah-buahan luar negara yang mahal amatlah berkhasiat dan sedap dimakan bersama quaker oat atau apa apa yang disukai. Antaranya ialah rasperry, strawberry, blueberry atau yang seumpamanya. Buah-buahan ini dibasuh bersih dan dilapkan dengan tuala dapur. Kemudian disusun di dalam dulang dan disimpan di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dulang dari freezer dan simpan buah-buahan tadi di dalam bekas bertutup dan simpan kembali di dalam freezer. Jadi buah-buahan ini tidak melekat antara satu sama lain. Bila hendak digunakan, cuma ambil beberapa biji yang diperlukan. Jadi kualiti dan kesegarannya masih terjamin.
 

Selain buah-buahan luar negara, boleh juga kita menyimpan buah buahan tempatan seperti durian, pisang, tembikai dan sebagainya. Pisang sebagai contohnya, boleh digunakan untuk membuat kek, cekodok pisang atau apa apa kuih yang memerlukan pisang. Jadi ianya dapat mengelakkan pembaziran.
 
 

 
Lauk Pauk
Selain dari makanan dan kuih muih, anda juga mungkin boleh menyediakan lauk pauk yang disejuk beku terutamanya lauk yang memakan masa yang lama untuk disediakan seperti rendang daging, sambal tumis ikan bilis dan sebagainya. Bahagikan lauk pauk tersebut ke beberapa bahagian yang disukai dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam freezer setelah ianya benar benar sejuk.

Keluar dan biarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum dipanas dan dihidangkan. Penyimpanan lauk pauk ini sangat membantu terutama di bulan puasa, lebih lebih lagi di waktu bersahur. 
 

(gambar ihsan: Google)
 
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Senyum selalu.
 
Terima kasih.


 
 






 

 



 
 


 
 


 

 
 

Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback