Thursday 16 April 2015

Berkenalan dengan Saya


Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan buat anda semua. Saya bernama Arina binti Ali, iaitu gabungan nama ayah dan ibu (Ali + Aminah). Saya seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak-anak syurga. Saya pernah berkhidmat dengan syarikat automotif kedua negara, dan melepaskan jawatan setelah 14 tahun bekerja.

Saya meletakkan jawatan sehari  selepas maal hijrah pada tahun 2014. Saya mengambil keputusan untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah seorang wanita iaitu menjadi pengurus rumahtangga seperti mana dalam ebook cikgu saya Puan Zaila – Surirumah juga Boleh Berbisnes.

Saya mula memikirkan untuk mencari pendapatan sampingan apabila wang simpanan saya semakin susut dan pendapatan pasif saya tidak menentu. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang serba tidak kena antara nilai wang dengan barangan yang dibeli.

Dengan izin suami, saya menyertai Kelas Asas Blog, Fanpage dan Beriklan di Instagram dengan niat untuk membantu meringankan beban suami. Saya amat bersyukur kerana menemui facebook Puan Zaila yang kini adalah guru saya. Beliau sentiasa memberi bimbingan dan sokongan untuk berbisnes. Beliau adalah tempat rujukan saya dan idea beliau sangat membantu saya untuk lebih bersemangat. Terima kasih cikgu!

Kelas Asas Blog ini menawarkan 2 pakej iaitu asas blog dan penulisan yang mana kita diajar untuk konsisten menulis, belajar menulis mengikut fokus produk dan belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca. Terakhir sekali kita diajar bagaimana menukar pembaca kepada pelanggan. Pakej kedua adalah kelas asas bisnes online iaitu membina kedai alam maya, belajar membuat borang tempahan, membuat lima label utama, membuat pautan blog dan fanpage. Dengan menyertai kelas ini kami layak untuk menjual sama ada produk digital atau produk fizikal. Kami juga boleh menjual produk borong seperti telekung solat dan boleh memilih untuk menyimpan stok ataupun tidak.

Setelah melengkapi semua tugasan yang diberikan kami  diserap ke Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya berbangga kerana berjaya bersama-sama lebih 1,000 blogger dan surirumah yang berpendapatan. ABDR merupakan kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes online dan memberi sokongan kepada wanita belajar menjana wang atau pendapatan hanya dari rumah. Ianya juga satu platform untuk kita belajar berbisnes secara dropship untuk produk fizikal dan juga menjual produk digital seperti ebook dan servis. ABDR tidak hanya menumpukan kepada suri rumah sahaja,kumpulan sokongan khasnya juga membantu suri yang bekerjaya mendapatkan pendapatan secara sampingan. ABDR juga tidak mengenepikan mereka yang bergelar WAHM (Working at Home Mom). Kami mengejar impian yang sama, walaupun latar belakang dan bisnes yang kami lakukan adalah berbeza.

Kini, saya bersyukur kerana dengan izinNya, kedai alam maya saya iaitu Arina Online One Stop Centre telah diusahakan dan akan terus dikemaskini demi memenuhi keperluan semasa. Kedai milik saya ini menjual pelbagai barangan kraf dan hiasan serta keperluan seisi keluarga.

Impian saya, semoga dengan tertubuhnya kedai alam maya ini akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Niat utama saya adalah kerana Allah Taala, semoga rezeki yang dikurniakan ini akan lebih mendekatkan diri saya kepada sang Pencipta.

Sekian dulu coretan saya.

Anda boleh hubungi saya di sini:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email:
pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami : Tips Handmade

Terima kasih semua.
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback