Tuesday 31 March 2015

Kiki dah ada babies

Hai semua...
 
Pagi tadi, Si Kiki telah melahirkan anak-anaknya. Kiki sekarang sudah jadi ibu kepada kembar 3 iaitu 2 ekor hitam, dan seekor putih tompok hitam. Ini adalah anak-anaknya yang pertama.
 
Sebenarnya sudah beberapa hari Kiki mundar mandir ke dalam rumah dan bilik-bilik kami, mungkin mencari tempat untuk melahirkan. Pukul 3 pagi tadi Kiki sudah mengiau sambil mencakar tingkap bilik kami. Kiki memang tinggal di pouch kereta kami sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke rumah kerana bulunya selalu gugur. Sangkaan saya dia lapar dan En. Nizam bangun dari tidur untuk memberikan makanan.
 
Pada pukul 9 pagi, City Link datang menghantar barang-barang yang saya beli dari pengedar. Sewaktu saya sibuk menandatangi pengesahan terima, Kiki tak henti-henti mengiau dan cuba menolak pintu rumah yang memang tertutup.
 
Ketika itula saya ternampak seekor anak kucing berwarna hitam sedang dikeluarkan oleh Kiki betul-betul di depan pintu masuk rumah kami.
Aduh!! mengelabah saya dibuatnya...blur sekejap tak tahu nak buat apa. Baru teringat ada sebuah kotak yang disediakan oleh En. Nizam. Terus saya ambil dan mengangkat Kiki dan anaknya yang masih terjuntai itu ke dalam kotak.
 
Tak pasal-pasal jadi Bidan Terjun hari ini. Kerana takutkan anak Kiki dimakan kucing jantan, nak tak nak saya terpaksa membawa Kiki dan anaknya masuk ke dalam rumah, tetapi di dalam Courtyard yang boleh ditutup dengan sliding door.
 
Tengahari tadi En. Nizam terpaksa ke kedai Pets untuk membeli sangkar kucing. Tak pela bebelanja sikit untuk Kiki, lagipun kucing kan haiwan peliharaan kegemaran Nabi Muhammad SAW. 
 
Jom layan beberapa gambar Kiki dan new-born babies. Semoga sihat dan selamat ibu dan anak-anak ye..


E-book?? Apa tu...jom jenguk jap..

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..Apa khabar semua?
 
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat buat kita semua.
Sesuatu yang biasa kepada orang yang sudah tahu tetapi mungkin sesuatu yang baru bagi orang tertentu.

Kita berminat untuk menjual E-BOOK yang bagus kepada sahabat, ahli keluarga, saudara mara ataupun sesiapa sahaja. Tetapi bukan semua orang ada idea atau tahu apa itu E-BOOK.

Jom saya bawa kalian semua berkenalan dengan E-BOOK, tak kenal makanya tak cintakan.. :)

 

Apa itu E-book?

Menurut wikipedia, E-book berasal dari singkatan electronic book, atau e-book. Dikenali juga sebagai buku DIGITAL, merupakan e-teks yang berbentuk media/ informasi dan kadang kala dilindungi dengan hak cipta digital.
E-book boleh berbentuk file PDF, Word, HTML, Text, dan lain - lain. E-book ini dihantar melalui EMAIL dan secara ONLINE.

 

Apa tujuan E-book dihasilkan?

1- E-book boleh dibaca di mana-mana platform yang boleh membuka aplikasi PDF fail. Sebagai contoh seperti di komputer, laptop, telefon pintar, android, iPad ataupun tablet. Kebanyakkan orang lebih gemar untuk membaca di tablet ataupun di iPad memandangkan saiz kedua-dua peranti itu adalah lebih kurang saiz sebuah buku.

2- E-book kebanyakkannya ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki untuk dikongsikan bersama pembaca.

3- Kita mampu membawa E-book ke mana-mana sahaja. Majoriti penduduk Malaysia kini sudah memiliki telefon pintar ataupun android, sudah tentunya mudah untuk menyimpan fail E-book ini di dalam telefon sahaja.

4- Dengan E-book ini, kos dan masa penghantaran dapat dijimatkan. Fail E-book boleh dimuat turun dari Website atau dihantar melalui email secara terus kepada pembaca.

5- Selalunya dengan sistem E-book ini, akan diberikan beberapa pakej percuma seperti interaksi secara online antara penulis dan pembaca.

6- Gaya bahasa penulisan dalam E-book juga sangat santai dan mudah difahami oleh pembaca. Ini kerana, apa yang disampaikan oleh kebanyakkan penulis E-book adalah lebih kepada pengalaman dan berkongsi cerita kepada pembaca.
(sumber dari:google)
 

Beza antara buku dan e-book

Buku
E-book
Dalam bentuk fizikal (boleh dipegang)
Dalam bentuk digital (perisian/ software)
Perlu dijaga dan berat
Boleh disimpan di dalam PC, Laptop, Pendrive, 4shared, dll
Tidak memerlukan peranti untuk membaca
Memerlukan peranti seperti telefon pintar(smartphone), iPad, Tablet, PC atau Laptop
Perlu dicari di kedai atau online (perlu tunggu buku sampai)
Boleh dimuat turun secara percuma atau membeli menerusi online
Ada kos penghantaran
Tiada kos penghantaran kerana akan diemail oleh penulis.

Ok, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini..semoga bermanfaat untuk sahabat semua ye.


Jika anda ingin memiliki E-BOOK dari AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR), di bawah ini ada beberapa E-BOOK yang menarik dan ditawarkan dengan harga promosi.




Jangan segan-segan untuk hubungi saya di 019-2218 205.

Anda buat, anda dapat..Assalamualaikum.


Saturday 28 March 2015

Yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba.. :-)

Selamat malam semua,

Alhamdulillah akhirnya Tissue Cover yang ditempah oleh sahabat-sahabat telah berjaya disiapkan oleh Umi's Felt De'cor.

Jika diizinkan Allah, penghantaran kepada semua akan dibuat mulai Isnin nanti ye.

Jom saya belanja gambar-gambar Tissue Cover yang sudah siap itu.












 
Untuk order, silalah hubungi kami di:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email: pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog: www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami : Tips Handmade

Terima kasih semua.

Friday 27 March 2015

Marissa dan jam frozen

Kejadian petang tadi..

Marissa: Mama! Mama! Mana jam akak?
Mama   : Akak, letak kat mana? Cuba cari bawah bantal.
Marissa: Jam oo jam..jam!..jam!..mana jam ni?

Aduhai la anak, nak tergelak mama.
Mana maunye jam tu menyahut.

Rupa-rupanya jam akak marissa ada di atas meja makan bersama dengan patung elsa.

Hari-hari ada aje gelagatnya yang mencuit hati..sebab itula anak-anak ni digelar permata hati. Di saat hati sarat dengan duka dan tekanan, mereka datang membawa penawar. Sayang kamu semua, anak-anak mama.


Balang Kuih Berhias

Balang kuih berhias kembali.
Balang plastik atau kaca ini boleh dijadikan bekas kuih, gula, teh, milo dan apa sahaja sama ada untuk ruang dapur anda, meja makan malahan cubical/ workstation anda di pejabat.

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan hiasan handmade. Jom pm saya untuk order ye.






















Pelapik Tangan Comel

Jom cuci mata dengan pelapik tangan comel ni..
Sesuai utk keselesaan semasa buat kerja di PC anda.








Phone Cover

Khas untuk peminat produk kraf dari material felt. Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh phone cover yang pernah ditempah oleh pelanggan kami.

Untuk design, tema dan warna pelanggan bebas untuk memilih. Maklumkan kami model h/p atau tablet anda. Harga adalah berdasarkan saiz.


















Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback