Monday, 27 April 2015

Alhamdulillah, Destinasi Seterusnya

Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya hadiah Hari Guru yang ditempah oleh sahabat semua telah berjaya disiapkan oleh Umi's Felt De'cor.

Jika diizinkan Allah, penghantaran kepada semua akan dibuat mulai Khamis nanti ye.

Jom saya belanja gambar-gambar hadiah yang sudah siap tu.


Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami dan berterusan memberi sokongan.



 
 














Tips Mudah dan Cepat Menyediakan Makanan

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dengan izinNya.

Sebagai seorang suri rumah dan juga ibu memang akan memikirkan cara yang mudah dan cepat untuk menyediakan makanan. Walau apa pun status wanita itu, sama ada wanita bekerjaya di luar rumah atau bekerja dari rumah hatta seorang suri rumah sepenuh masa pun tentu ingin menyediakan pelbagai jenis juadah dan kuih muih untuk yang tersayang dalam masa yang pendek.

Kehadiran tetamu yang tidak dijangka ataupun memaklumkan kehadiran dalam masa yang singkat sudah tentulah akan menimbulkan kekalutan kepada kita. Tetapi kita wajib meraikan kehadiran tetamu dengan sebaik-baiknya kerana tetamu yang datang ini membawa rahmat dan juga membantu menghapuskan dosa kecil kita dan seluruh isi rumah. Kerana itulah sesuatu yang menyeronokkan dan memuaskan hati jika dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri.

Jom, kita tengok apa makanan dan masakan yang boleh disediakan dan disimpan secara sejuk beku untuk hidangan tetamu. Perkongsian ini saya kreditkan dari http://aziejaya.blogspot.com/

Karipap
Karipap yang disediakan boleh disimpan di dalam freezer. Terdapat dua cara untuk menyimpan karipap sejuk beku. Pertama ialah menyusun karipap yang telah diklim di dalam dulang dan dimasukkan ke dalam freezer selama 30minit-1 jam. Keluarkan dari freezer dan disusun di dalam bekas bertutup. Bolehlah disimpan di dalam freezer.

Satu cara lagi ialah dengan menggoreng seketika karipap tersebut dan apabila sejuk, dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Tujuannya ialah untuk mematikan tepung supaya karipap tidak melekat antara satu sama lain. Sebelum menggunakannya, keluarkan dari freezer seketika dan gorenglah seperti biasa.
 
Donut
Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam freezer bag. Simpan di dalam freezer. Keluarkan dari freezer seketika sebelum digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.

 
Muffin/cupcake
Ini adalah satu lagi makanan yang biasa disimpan di dalam freezer. Untuk mengekalkan kelembapannya, balut muffin atau cupcake atau kek yang telah dipotong menggunakan aluminium foil. Kemudian balutkan di bahagian luar dengan plastic wrap sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik untuk disimpan di dalam freezer. Contoh kek yang biasa dibuat adalah seperti Kek Keju, Kek Karot dan Kek Red Velvet.
 


 
 

Keropok Lekor
Keropok lekor terutama keropok lekor dari Terengganu merupakan makanan kegemaran kebanyakkan orang. Jadi setiap kali membeli atau mengirim kepada kawan-kawan yang ke sana, sudah tentu anda akan menyimpan keropok lekor di dalam freezer. Apabila hendak digunakan keluarkan keropok lekor dan dikukus seketika sebelum digoreng. Jangan sekali kali merebus keropok lekor kerana ianya akan menjejaskan rasa keropok lekor berkenaan.

 



 


Buah-buahan
Buah-buahan terutama buah-buahan luar negara yang mahal amatlah berkhasiat dan sedap dimakan bersama quaker oat atau apa apa yang disukai. Antaranya ialah rasperry, strawberry, blueberry atau yang seumpamanya. Buah-buahan ini dibasuh bersih dan dilapkan dengan tuala dapur. Kemudian disusun di dalam dulang dan disimpan di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dulang dari freezer dan simpan buah-buahan tadi di dalam bekas bertutup dan simpan kembali di dalam freezer. Jadi buah-buahan ini tidak melekat antara satu sama lain. Bila hendak digunakan, cuma ambil beberapa biji yang diperlukan. Jadi kualiti dan kesegarannya masih terjamin.
 

Selain buah-buahan luar negara, boleh juga kita menyimpan buah buahan tempatan seperti durian, pisang, tembikai dan sebagainya. Pisang sebagai contohnya, boleh digunakan untuk membuat kek, cekodok pisang atau apa apa kuih yang memerlukan pisang. Jadi ianya dapat mengelakkan pembaziran.
 
 

 
Lauk Pauk
Selain dari makanan dan kuih muih, anda juga mungkin boleh menyediakan lauk pauk yang disejuk beku terutamanya lauk yang memakan masa yang lama untuk disediakan seperti rendang daging, sambal tumis ikan bilis dan sebagainya. Bahagikan lauk pauk tersebut ke beberapa bahagian yang disukai dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam freezer setelah ianya benar benar sejuk.

Keluar dan biarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum dipanas dan dihidangkan. Penyimpanan lauk pauk ini sangat membantu terutama di bulan puasa, lebih lebih lagi di waktu bersahur. 
 

(gambar ihsan: Google)
 
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Senyum selalu.
 
Terima kasih.


 
 






 

 



 
 


 
 


 

 
 

Wednesday, 22 April 2015

Jualan Murah Sempena Hari Guru #3

Salam kasih sayang semua,

Promosi jualan murah Keychain with Fiber dan Keychain without Fiber untuk Hari Guru.
Promosi ini akan berlangsung sehingga hujung bulan April sahaja.

Jangan ketinggalan untuk memilikinya dan hadiahkan kepada guru kesayangan anda.


Untuk tempahan, anda boleh Hubungi Kami

Sunday, 19 April 2015

Hadiah Hari Guru #2

Salam hujung minggu buat semua.

Jom kita jenguk item baru untuk hadiah Hari Guru nanti.



Item 1 dan 2 adalah frame dengan klip nota.

 
 
Item 3 pula keychain. Harga bergantung kepada jenis iaitu sama ada tanpa fiber atau dengan fiber.
 
Jika ingin mengetahui lebih lanjut jangan segan untuk Hubungi Kami
 
Terima kasih semua.

Keropok Segera SEAMEQ

Salam sejahtera semua,

Bagi peminat keropok segera SEAMEQ kini anda boleh dapatkan stok keropok tersebut dari kami. Keropok yang sesuai dijadikan snek dan kudapan seisi keluarga.




Keropok ini dijual dalam paket kecil seberat 40gram dan juga sebungkus besar yang mengandungi 15paket. Pilihan di tangan anda untuk penjimatan berterusan.

Kepada yang berminat dan berada di sekitar Sungai Buaya, Bukit Beruntung dan Rawang boleh hubungi kami di 019-2218205. COD di Exit Tol Sungai Buaya.

Terima kasih semua.

Thursday, 16 April 2015

Berkenalan dengan Saya


Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan buat anda semua. Saya bernama Arina binti Ali, iaitu gabungan nama ayah dan ibu (Ali + Aminah). Saya seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak-anak syurga. Saya pernah berkhidmat dengan syarikat automotif kedua negara, dan melepaskan jawatan setelah 14 tahun bekerja.

Saya meletakkan jawatan sehari  selepas maal hijrah pada tahun 2014. Saya mengambil keputusan untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah seorang wanita iaitu menjadi pengurus rumahtangga seperti mana dalam ebook cikgu saya Puan Zaila – Surirumah juga Boleh Berbisnes.

Saya mula memikirkan untuk mencari pendapatan sampingan apabila wang simpanan saya semakin susut dan pendapatan pasif saya tidak menentu. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang serba tidak kena antara nilai wang dengan barangan yang dibeli.

Dengan izin suami, saya menyertai Kelas Asas Blog, Fanpage dan Beriklan di Instagram dengan niat untuk membantu meringankan beban suami. Saya amat bersyukur kerana menemui facebook Puan Zaila yang kini adalah guru saya. Beliau sentiasa memberi bimbingan dan sokongan untuk berbisnes. Beliau adalah tempat rujukan saya dan idea beliau sangat membantu saya untuk lebih bersemangat. Terima kasih cikgu!

Kelas Asas Blog ini menawarkan 2 pakej iaitu asas blog dan penulisan yang mana kita diajar untuk konsisten menulis, belajar menulis mengikut fokus produk dan belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca. Terakhir sekali kita diajar bagaimana menukar pembaca kepada pelanggan. Pakej kedua adalah kelas asas bisnes online iaitu membina kedai alam maya, belajar membuat borang tempahan, membuat lima label utama, membuat pautan blog dan fanpage. Dengan menyertai kelas ini kami layak untuk menjual sama ada produk digital atau produk fizikal. Kami juga boleh menjual produk borong seperti telekung solat dan boleh memilih untuk menyimpan stok ataupun tidak.

Setelah melengkapi semua tugasan yang diberikan kami  diserap ke Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya berbangga kerana berjaya bersama-sama lebih 1,000 blogger dan surirumah yang berpendapatan. ABDR merupakan kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes online dan memberi sokongan kepada wanita belajar menjana wang atau pendapatan hanya dari rumah. Ianya juga satu platform untuk kita belajar berbisnes secara dropship untuk produk fizikal dan juga menjual produk digital seperti ebook dan servis. ABDR tidak hanya menumpukan kepada suri rumah sahaja,kumpulan sokongan khasnya juga membantu suri yang bekerjaya mendapatkan pendapatan secara sampingan. ABDR juga tidak mengenepikan mereka yang bergelar WAHM (Working at Home Mom). Kami mengejar impian yang sama, walaupun latar belakang dan bisnes yang kami lakukan adalah berbeza.

Kini, saya bersyukur kerana dengan izinNya, kedai alam maya saya iaitu Arina Online One Stop Centre telah diusahakan dan akan terus dikemaskini demi memenuhi keperluan semasa. Kedai milik saya ini menjual pelbagai barangan kraf dan hiasan serta keperluan seisi keluarga.

Impian saya, semoga dengan tertubuhnya kedai alam maya ini akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Niat utama saya adalah kerana Allah Taala, semoga rezeki yang dikurniakan ini akan lebih mendekatkan diri saya kepada sang Pencipta.

Sekian dulu coretan saya.

Anda boleh hubungi saya di sini:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email:
pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami : Tips Handmade

Terima kasih semua.

Wednesday, 15 April 2015

Multipurpose Aromatherapy Spray

Memperkenalkan satu rangkaian baharu produk Sutra Wellness untuk dimanfaatkan seisi rumah. 100% semburan aromaterapi semulajadi.

Ceriakan hari anda dengan wangian semburan aromaterapi serba guna SUTRA;

  • Penyegar Udara
  • Membantu Menghilangkan Stress
  • Wangian Aromaterapi
  • Pembersih Cermin & Meja
  • Mengatasi Masalah Serangga
  • Ironing Aid

 
Tambahan nilai: Semerbak Harumannya Tersimpan Seribu Rahsia
 
  1. Rose Sensation: Membantu masalah dalaman wanita
  2. Citrus Berry: Membantu fokus minda
  3. Sweet Lavendar: First aid kit mudah alih
  4. Pandan: Penyahbau terbaik
  5. Sutra Glory (bunga kemboja): Membantu fungsi paru-paru dan pernafasan
  6. Sutra Heritage (bunga cempaka): Membantu meningkatkan imuniti
 
 



 
Untuk memilikinya, silalah Hubungi Kami
 

Produk Sutra Aromatherapy, Fragrance dan Wellness

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kini teman-teman tersayang boleh dapatkan Produk Sutra di Arina One Stop Centre. Produk yang diyakini keberkesanannya dan bergantung kepada keserasian, Insya Allah.
Sama-sama kita sebar dan kongsikan kebaikan, semoga bermanfaat untuk semua.

 

 
 

Produk Sutra adalah hasil kajian dari syarikat bertaraf biotech dari Tropical Bioessence Sdn Bhd. Syarikat ini terlibat secara langsung dalam pemprosesan herba- herba dan hasil bumi untuk menghasilkan minyak pati dari herba, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Cara pemprosesannya dilakukan dengan terperinci dan menggunakan kaedah berteknologi tinggi bagi menghasilkan produk yang bermutu sebagai wangian santai dan untuk mengimbangi keperluan kesihatan, badan dan jiwa. Produk ini mampu memenuhi gaya hidup anda yang sihat dan moden.

Selain dari itu produk Sutra juga dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia. Ianya digunakan untuk menghasilkan essential oil yang bermutu tinggi. Ianya banyak digunakan untuk menghasilkan minyak wangi dan juga sebagai bahan tambahan di dalam produk kosmetik. Syarikat bumiputra ini juga dijalankan di kilang yang bertaraf BMP dan mengikut peraturan yang ketat.

Kami akan sentiasa mengemaskini produknya dari semasa ke semasa. Untuk memilikinya, silalah Hubungi Kami



 


Tuesday, 14 April 2015

Hadiah Hari Guru #1

Salam sayang semua,

Masih tercari-cari idea untuk hadiah Hari Guru?
Mari lihat apa yang kami ada.



 

 
Berminat untuk memilikinya, anda boleh Hubungi Kami.

Ok, terima kasih.

Kelas Asas Blog & Fanpage serta Beriklan di Instagram

Alhamdulillah, bertemu lagi.

Khas untuk teman-teman yang ingin mencari dan menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.
Mari daftar kelas asas blog dan fanpage serta beriklan di instagram.
Sesuai untuk anda yang ingin memulakan bisnes secara online dan offline.


Anda akan diserap untuk menyertai rangkaian ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) iaitu:
  • kumpulan sokongan untuk suri rumah khasnya belajar menjana pendapatan hanya dari rumah
  • kumpulan sokongan untuk suri rumah khasnya belajar asas berbisnes online
  • kumpulan sokongan untuk wanita bekerjaya khasnya, menjana pendapatan secara sampingan
  • kumpulan sokongan untuk mereka yang bergelar Women at Home Mom (WAHM)
  • Landasan untuk anda belajar berbisnes dan menjual produk fizikal secara dropship, produk digital ebook dan servis
Mari daftar segera, kerana tempat terhad kepada 10 peserta sahaja.
Cepat anda bermula, cepat anda dapat.






Saturday, 11 April 2015

Cara Membuat Pembelian dan Tempahan


CARA MEMBUAT TEMPAHAN


1. Pastikan nama barangan dan kuantiti yang dikehendaki, hubungi kami melalui PM/WA/ SMS/ TELEGRAM di No HP 019-2218205 (Pn Arina)
2. Untuk barangan kraf felt anda juga boleh memilih, design, tema atau hiasan yang diingini.

3. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank dan juga CIMB. Setelah pelanggan bersetuju dengan harga yang ditawarkan barulah no.account akan diberikan.
4. PERHATIAN : Bayaran hendaklah dibuat untuk mengesahkan pembelian dan tempahan.

5. Setiap pembayaran yang telah dibuat hendaklah DIMAKLUMKAN kepada kami untuk semakan.
6. Setelah bayaran diterima kami akan proses pembelian dan tempahan anda.

7. Pengeposan barang mengambil masa 1-3 hari. 

8. Bagi tempahan kraf tempoh masa diperlukan bergantung kepada jumlah tempahan dan stok barangan. Biasanya 10 hari - 14 hari dari tarikh pembayaran diterima. Kami akan maklumkan dari semasa ke semasa.

                     * Barangan yang dibeli TIDAK BOLEH dipulangkan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas  kesulitan / kerosakan barangan semasa tempoh penghantaran / pengeposan.

Hubungi Kami

Untuk order, boleh berhubung dengan kami di:

H/P (WA/ TELEGRAM/ sms): 019-2218205
Email:
pn.arinali@gmail.com
FB: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
Sila like fanpage kami :
Tips Handmade

Thursday, 9 April 2015

Lagi Tempahan Sulung...Sweet Sangat..

Alhamdulillah..lagi tempahan sulung yang diterima dari teman suri..Ummi Edah..
 
Cantik dan gojes sangat bantal ni..gebu betul..
Sayang rasanya nak buat bantal tidur, lebih sesuai untuk dipeluk sebab comel, secomel pemiliknya.
 
Nanti petang ni kita hantar ye..


 
Saya juga sudah memiliki bantal Owlie saya, sudah tentulah warnanya purple..warna kegemaran saya.
 
Jom intai kat sini..
 
 
Terima kasih kerana menempah dengan kami.


Tempahan Sulung..Terima Kasih.. :)

Hai semua,

Pelapik tangan cik sotong yang cute dan gojes ini adalah tempahan pertama yang saya terima.
Kiranya anak sotong yang sulung lah ni..

Terima kasih kepada teman yang order, Cik Raziah..

Jika anda pun berminat jangan segan-segan untuk order tau..

Inilah cik sotong sulung tu...TAARAAA..!!


Anak Sotong yang Sulung, comel sangat..!!



Untuk order, silalah hubungi kami di:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email:
pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami :
Tips Handmade

Terima kasih semua.

Penghantaran seterusnya, Pin Cushion

Syukur kepada Allah Pemberi Rezeki,

Pin Cushion Donut sudah disiapkan oleh Umi's Felt D├ęcor dan akan menemui teman-teman tersayang petang nanti.

Semoga sahabat semua berpuas hati dengan kualiti, warna dan design yang dipilih.

Terima kasih pada yang buat tempahan ye..saya jual tau..!!!







Untuk order, silalah hubungi kami di:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email:
pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami :
Tips Handmade

Terima kasih semua.

New item is coming!!

Salam semua,

Memperkenalkan keychain kereta untuk dihadiahkan kepada mereka yang tersayang.
Ataupun untuk kegunaan sendiri.

Harga yang sangat murah dan berpadanan dengan kualiti yang diyakini.

Jom layan... :)


Sesuai untuk mereka yang bergelar lelaki..hehe..


Untuk order, silalah hubungi kami di:

H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email:
pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog:
www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami :
Tips Handmade

Terima kasih semua.

Tuesday, 7 April 2015

Tips mudah berniaga secara online

Sharing, copy and paste.
 
Salam semua,
 
Semalam saya sempat bersembang dengan seorang rakan yang mahu sangat berniaga. Seperti biasa, gaji zaman ini tidak "kena" dengan perbelanjaan harian. Cara paling seronok mencari wang adalah berniaga, lagi seronok kalau dapat jana $$$ dari rumah sahaja....
 
Biar sikit janji konsisten.
Anda mahu belajar berniaga online? Daftar kelas asas blog dan fanpage (mula bisness) serta beriklan di instagram secara online atau offline di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).
 
Pendaftaran April sudah dibuka, jom daftar bersama saya dan rakan-rakan ABDR yang lain.
Yakinilah, pelaburan ilmu adalah pelaburan yang tak pernah merugikan.
 
:) PM/ WA 019-2218 205 (Arina)
Jangan ketinggalan untuk dapatkan ebook yang disertakan dengan harga combo (RM50/3 Ebook).


 

 

Si Comel anda tantrum?


Sayang anak mama..
Sejak akhir-akhir ini, kerap sangat Saffiya mengamuk lebih-lebih lagi apabila kehendaknya tidak dipenuhi atau difahami. Adik Ya akan baling apa sahaja yang ada ditangan atau berdekatan dengannya. Sebelum ini Saffiya adalah anak yang mudah dijaga dan kurang meragam berbanding dengan Akak Marissa.
 
Semasa Marissa berumur 18bulan mama sangkakan Marissa kuat mengamuk dan kerap menangis sebab awal sangat dapat adik. Tetapi bila Saffiya yang sudah berumur 21bulan pun mula mengamuk dan kerap menangis, maknanya kini Saffiya telah memasuki fasa sedang belajar untuk ekspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap sesuatu perkara.

Jika dalam bahasa psikologi kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai Tantrum. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala Temper Tantrum pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Ia seringkali muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun.

Di bawah ini  dikongsikan tips-tips hebat yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar, untuk pengetahuan kita bersama.

 

A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
 
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
 
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
 
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
 
 

B: Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. (note untuk diri sendiri, hehe)
 
 
Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
 
 

C: Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum.

Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
 
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

D: Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

E: Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
 
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
 
Sebenarnya Marissa dan Saffiya adalah anak keempat dan kelima daripada lima orang adik-beradik, harapnya mama belum terlewat untuk memahami apa itu tantrum, kenapa anak-anak tantrum, cara pengendaliannya dan juga kesan tantrum pada anak-anak. Ilmu keibubapaan dan apa jua ilmu tidak pernah ada pengakhiran, yang penting niat kita untuk berubah jadi yang lebih baik dari hari semalam. Selagi nyawa ini dipinjamkan oleh Allah SWT, teruskan usaha menggali ilmu yang bermanfaat dan berkongsi pula dengan semua.
Salam Kasih Sayang dari saya.. :-)

Friday, 3 April 2015

Keropok Lekor Seberang Takir

Salam sejahtera semua,

Bagi peminat keropok lekor original dari Seberang Takir Terengganu, kini anda boleh dapatkan stok keropok tersebut dari kami. Keropok asli sejuk beku/ Frozen ini tetap terpelihara rasanya dan kami yakin anda akan berpuas hati.

Kami juga ada membekalkan keropok segera yang sangat terkenal di Terengganu. Keropok segera SEAMEQ yang sesuai dijadikan snek dan kudapan seisi keluarga.

Kepada yang berminat dan berada di sekitar Sungai Buaya, Bukit Beruntung dan Rawang boleh hubungi kami di 019-2218205. COD di Exit Tol Sungai Buaya.

Terima kasih semua.

Apa itu kraftangan felt?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini Allah masih mengizinkan kita semua bernafas di bumiNya. Semoga kita terus bersyukur dengan segala nikmatNya dan diberi kekuatan menghadapi semua ujian dan dugaanNya.

Hari ini saya ingin berkongsi pandangan mengenai kraftangan felt yang kini sangat popular dan turut mewarnai dunia kraf serta memberi lebih banyak pilihan kepada peminat seni hasil kraf. Fabrik felt ini dibuat dari serat wool/ bulu bebiri tanpa tenun dan juga felt sintetik yang dihasilkan di kilang. Ianya didatangkan dengan pelbagai tekstur, ketebalan, saiz dan warna serta ciri-cirinya yang mudah dibentuk menjadikannya sesuai untuk hasil kraf yang mampu memukau pencinta kraf seperti rekaan gajah comel, rama-rama, lebah, dompet, bantal berhias, cekak rambut, kasut bayi, pakaian, sarung kotak tisu, kad imbas, keychain, kek, donut dan sebagainya.

Kraftangan ini dihasilkan dengan seni jahitan tangan, teknik tampalan gam atau mesin untuk memastikan cantuman setiap bahagian tampil kemas dan sempurna. Memang sekali pandang ianya mudah dan kini telah dijual set permulaan atau starter kit, Do it Yourself (D.I.Y) dan buku-buku panduan. Kanak-kanak seawal umur 6 tahun juga boleh melakukannya apatah lagi kini banyak kelas-kelas kraf dianjurkan sama ada oleh institusi tertentu ataupun orang perseorangan.
 
Walaubagaimanpun, ketelitian adalah sangat diutamakan bertujuan untuk mengetengahkan kreativiti penggubah dan menjadikan hasil ciptaan mereka walaupun nampak sama tetapi tidak serupa kerana bertitik tolak daripada idea mereka menyusun atur hiasan dan aksesori seperti manik, butang yang pelbagai bentuk dan warna, huruf atau nombor, tampalan gambar kartun, kuntuman bunga dan sebagainya pada setiap rekaan dan gubahan. Di situlah menjadikan kraftangan felt ini unik dan eksklusif.
Ianya sangat sesuai dijadikan hadiah, cenderamata untuk pelbagai acara seperti untuk majlis hari jadi, aqiqah, perkahwinan, hari guru, doorgift dan juga majlis perpisahan.  
 
Jom saya belanja gambar kraftangan felt dari sumber google yang mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk membuatnya sendiri atau menempah daripada kami.














OK sekian dulu daripada saya, sehingga kita bertemu di entri lain pula. Cadangnya saya ingin berkongsi tentang "Mengapa kraftangan felt mahal".
Nantikan ye..

Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback