Thursday 28 May 2015

Kraf Felt untuk Hadiah dan Cenderahati

Bismillah,
 
Dengan izinNya, kami di Arina Online One Stop Centre akan menjual dan menerima tempahan keychain dengan tema terkini.
 
Keychain ini didatangkan dengan dua jenis iaitu keychain dengan fiber dan keychain tanpa fiber. Warnanya yang ceria dan bentuk yang comel sangat sesuai untuk dijadikan hadiah dan cenderamata untuk hari jadi, majlis perkahwinan atau apa-apa sahaja hari penting anda. Harganya bersesuaian dengan saiz, Inshaa Allah memang berbaloi dengan nilai wang anda.
 
Jom jenguk keychain terbaru di sini.
 



Saiz sebesar tapak tangan

Keychain without fiber
Bulan Jun ini pula adalah Hari Bapa, mungkin anda ingin menghargai bapa tersayang anda dengan hadiah kraf felt kami.
 
Jika berminat, bolehlah Hubungi Kami

Wednesday 27 May 2015

Balang Berhias untuk Hantaran

Bismillah,

Alhamdulillah.

Lagi idea dan ilham baru bergabung. Terima kasih Umi's Felt Décor di atas komitmen. Terima kasih juga kepada pelanggan yang percayakan kami.

Balang berhias untuk hantaran kahwin. Saiznya adalah 10cm (lebar) dan 12cm (tinggi). Jom saya belanja gambar-gambar yang cantik ini.









Sunday 24 May 2015

New Tissue Cover Design

Salam kasih sayang untuk semua,

Kini kami menawarkan Tissue Cover dengan design terbaru untuk anda jadikan hadiah untuk mereka yang tersayang. 

Umi's Felt Decor juga boleh membuat tempahan mengikut citarasa anda. 
Maklumkan kepada kami rekabentuk yang anda mahu. Insya Allah kami akan usahakan.
 










Jika berminat boleh hubungi kami. Terima kasih






Friday 22 May 2015

Keropok Segera SEAMEQ

Salam Jumaat yang mulia,

Bismillah,

Keropok segera ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan setia kami kerana pasti sedap dan rangup serta disediakan sos pencicah yang pedas-pedas manis.
Sesuai dijadikan kudapan ketika bersama keluarga untuk menonton TV atau menonton wayang, melancong dan makan bersama minuman kegemaran anda.

Terkini keropok segera ini juga boleh dijadikan sebagai cenderahati atau "goodies" di semua majlis harijadi, perkahwinan, aqiqah dan sebagainya. 

Harganya yang murah menjadikan keropok ini laku keras.

Selain COD di sekitar Rawang, Bukit Beruntung dan Sungai Buaya, kami juga menyediakan penghantaran di seluruh Malaysia dengan khidmat poslaju atau syarikat penghantaran lain.
Caj penghantaran bergantung kepada kuantiti dan kadar semasa.

Jika berminat bolehla hubungi kami.

Terima kasih.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Promosi ebook untuk anda yang ingin jana pendapatan dari rumah sahaja. Berbaloi-baloi. RM50 (dapat 2 ebook)


Wednesday 20 May 2015

Homestay Malaysia

Bismillah,
 
Kepada kawan-kawan yang ada mengusahakan homestay, kami mengalu-alukan iklan anda.
Anda kini boleh beriklan di:

1) SOHO DIRECTORY
 
Caj iklan yang murah dan 2 tapak iklan kekal.
Di ABDR, iklan anda insya Allah mudah memasuki page pertama carian google atau search engine yang lain.
 
Jika berminat boleh pm atau hubungi no. 019-2218205
 
Terima kasih.
.

Monday 18 May 2015

Entri #44 dan hadiah hari lahir

Bismillah,
 
Syukur Alhamdulillah akhirnya sudah sampai ke entri 44. Lengkap sudah tugasan saya selaku pelajar ABDR. Ianya juga merupakan hadiah hari lahir yang paling bermakna buat saya. Tarikh 18 Mei 2015 akan sentiasa kekal di memori.
 
Terima kasih kepada Cikgu Zaila yang tidak putus-putus beri kata semangat dan perangsang. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan Jemaah ABDR yang memberi sokongan dan perkongsian ilmu.
 
Sudah tentu juga ucapan terima kasih kepada encik suami yang memberi dorongan dan kerjasama sepanjang tempoh saya meyiapkan tugasan dan berbisnes.Terima kasih kepada Umi's Felt Décor yang sudi jadi pembekal untuk produk felt yang cantik dan comel.
 
Kepada semua pelanggan tersayang, terima kasih kerana terus memberi kepercayaan membeli dengan kami. Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anda semua.
 
Doa saya semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk saya harungi dunia baru sebagai seorang suri yang bekerja di rumah. Segalanya bermula dengan langkah pertama dan kekentalan hati untuk mencuba. Saya amat yakin dengan rezeki Allah Yang Maha Luas.
 
Selepas ini semoga Allah terus beri ilham dan idea untuk saya konsisten menulis, sama ada iklan bisnes atau perkongsian untuk pembaca semua. Saya mengalu-alukan cadangan dan komen untuk penambahbaikkan blog dan bisnes saya.
 
Sekian, salam sayang untuk semua.
 
 
Felt Cake (sumber: Google)
 

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan di Instagram - Promo Mei

Salam Isnin yang ceria.
 
Anda berminat bisnes online? Anda juga sudah ada produk?
Tapi masih mencari platform yang sesuai untuk kembangkan bisnes?
 
Jom sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah dan tambah ilmu Kelas Asas Blog & Fanpage serta Beriklan di Instagram.
 
Tempat sangat terhad, hanya tinggal 2 kekosongan sahaja lagi.
 

 

Thursday 14 May 2015

Hadiah Hari Ibu

Bismillah,

Cerita petang Selasa.

Selepas pulang dari sekolah kebangsaan, anak-anak mama akan bersiap untuk ke sekolah agama pula. Sementara menunggu van tiba, Khaer iaitu putera mama yang ke-3 datang menemui mama.
 
 
Khaer: Mama! Mama! Nampak tak duit RM3 dalam dompet kita.
 
Mama: Tak nampak lah pulak, Mama tak tahu pun Khaer ada duit RM3 tu.
 
Khaer: Ada, kita simpan dalam dompet semalam. Bila kita tengok tadi, duit tu dah tak ada.
(mata Khaer sudah berkaca digenangi air mata)
 
Mama: Khaer nak buat apa dengan duit tu? Papa kan dah bagi duit belanja.
 
Khaer: Kita nak kumpul duit tu, kita nak beli hadiah untuk Mama.
 
Mama: Hadiah untuk Mama? Kenapa nak bagi hadiah?
 
Khaer: Yelah, kita nak bagi hadiah sebab Hari Ibu.
 
Tiba-tiba si Abang menyampuk.
 
Abang: Kalau nak beli hadiah untuk Mama kena kumpul duit banyak. Sebabnya Mama nak hadiah jam je.
 
 
Hahaha, tergelak Mama. Rasa terharu pun ada sebab anak-anak ada usaha nak bagi hadiah untuk Mama. Lagi tak sangka bila ada anak-anak yang tahu kegilaan Mamanya ini.
 
 
Saya memang suka mengumpul jam yang berbagai jenama dan rekabentuk.Terbaru suami ada belikan jam dari Jepun jenama yang paling saya sukai iaitu Swatch. 
Sebenarnya, apabila bergelar ibu bukannya hadiah penghargaan yang diingini. Tetapi dikurniakan anak-anak yang tahu menilai dan  mengasihi ibubapa adalah hadiah yang paling mahal. Semoga kalian semua menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada Agama, Bangsa dan Negara. Sentiasalah berpegang teguh dengan ajaran Allah. Insya Allah akan selamat dunia akhirat.
 
 
Bunga ini pula hadiah pemberian dari si Kakak. Walaupun hanya bunga plastik, Mama tetap hargainya. Terima kasih anak-anakku.

Terima kasih anakku.

Tuesday 12 May 2015

Online Kelas - pendaftaran dibuka setiap hari

Bismillah,

Salam hari Selasa buat semua,

Jom sertai Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), Puan Zaila Mohamad.

Untuk kita yang tinggal di Rawang dan luar Shah Alam, kita semua masih boleh belajar secara ONLINE  dan yang paling seronok dan bagusnya bila-bila masa sahaja. Kita tidak perlu lagi korbankan hari Sabtu dan Ahad, kerana hari tersebut adalah hari bersama keluarga.

Pendaftaran dibuka setiap hari. Jika berminat bolehlah hubungi saya.

 
 


Saturday 9 May 2015

Hadiah Hari Ibu dan Hari Guru #balang kuih felt

Salam sayang semua,
Ada yang masih mencari hadiah istimewa untuk Hari Ibu dan Hari Guru?
Di sini kami ada tawaran hebat untuk anda.

Dengan pembelian Balang Kuih Plastik yang dihiasi felt ini anda akan dapat kurma atau kismis secara percuma. Balang ini bersaiz Tinggi: 12cm, Lebar: 10cm. Insya Allah berbaloi untuk wang anda.

Jika berminat, jangan tunggu lagi kerana stok yang kami ada sangat terhad.

Jom tengok balang kuih istimewa kami ini.






 



Jangan lepaskan peluang ini, anda boleh  hubungi kami untuk mendapatkannya.
Untuk contoh design atau rekabentuk dan hiasan yang lain anda boleh singgah ke SINI






Friday 8 May 2015

Arjuna Beta

Salam Jumaat semua,
 
Semoga kita berada dalam limpah rahmat dari Yang Maha Esa.
Blog pun dah lama tak berupdate. Sibuk sedikit dua tiga hari ini, tambahan pula kekeringan idea.
 
 
Tajuk entri kali ini Arjuna Beta, sebenarnya tajuk ini adalah tajuk lagu dari nyayian Finn Jamal. Lagu ini dipasang oleh DJ radio ketika saya berada dalam kereta bersama anakanda Marissa. Saya dalam perjalanan ke klinik kerana membawa anak syurga saya ini menemui doktor.
 
 
Buah hati saya ini, tercedera hidungnya kerana bermain dengan cermin mata yang baru dibeli semalam. Terlebih teruja agaknya, cermin mata yang sepatutnya diletakkan di mata telah dipakaikan ke hidung.
 
 
Malam semalam, Marissa merengek mungkin baru terasa sakitnya. Tetapi bila saya periksa dengan lampu suluh kecil tiada apa-apa luka. Saya mengambil keputusan memberi ubat tahan sakit yang masih baru di dalam peti ais, sementara menunggu untuk membawa ke klinik pada keesokkan harinya. Maklumla klinik yang ada pun bukan dibuka 24 jam.
 
 
Ketika mengejutkan anak syurga saya mandi, saya jadi panik bila ada kesan darah kering di dalam hidungnya. Risaunya hati takut terjadi apa-apa komplikasi. Sepantas kilat saya menyiapkan buah hati saya dan terus membawa ke klinik. Mujurlah pesakit pun tidak ramai pada pagi itu. Setelah memberitahu apa yang terjadi, doktor melakukan pemeriksaan lanjut. Syukurlah tiada apa-apa yang serius. Pesan doktor berikan ubat tahan sakit bila perlu sahaja.
 
 
Alhamdulillah, nampaknya Marissa pun dah beransur sihat. Tidak lagi meragam cuma tiba-tiba sahaja minta untuk tidur dalam buaian. Teringin agaknya, tak pe lah nak, mama turunkan aje. Yang penting dirimu bahagia. Mama akan usahakan dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak semua. Jauhkanlah kedukaan dari membelenggu hidupmu, anak-anak syurga kesayanganku.
 
 
Sebelum mengundur diri, jom saya kongsikan lagu Arjuna Beta ini.(sumber youtube)

Tuesday 5 May 2015

Syukur ya Allah, semoga terus dimurahkan rezeki

Alhamdulillah.
Rezeki penghujung bulan April.
Tempahan kawan-kawan telah selamat dihantar petang tadi (30-April-2015)
Penghantaran seterusnya minggu depan pula ye.
 
Nampaknya keropok segera Seameq pun perlu ditambah stoknya.
Terima kasih kepada  semua teman yang membeli. Alhamdulillah memang laku keras.
 
Walaubagaimanapun sedikit kecewa dengan perkhidmatan poslaju, barang yang dipos oleh pembekal masih belum diterima. Walhal pengeposan dibuat pada hari Isnin yang lalu. Maaf ya sahabat, produk Argan Oil - Drazma  belum dapat dihantar. Harapnya teman saya berpuas hati dengan Feminine Wash Sutra, saya pun menyukainya dan selesa menggunakannya.  
 
Jom kita tengok produk-produk yang sudah menemui tuannya.
 
 
 
 
 
 
 

Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback