Tuesday 2 August 2016

Tips Untuk Produk Kecantikan Lebih Efektif Pada Kulit

Salam Selasa yang bahagia,
Petang ni Kak Rin nak share beberapa langkah-langkah untuk skincare lebih efektif atau berkesan pada kulit.
  • Exfoliate/ pengelupasan
Pengelupasan atau exfoliate penting untuk menyingkirkan sel kulit mati supaya produk kecantikan lebih mudah diserap oleh kulit. Tidak cukup hanya bersihkan kulit muka dengan facial foam atau cleansing milk aje tau! Tapi perlu exfoliate sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sel-sel kulit mati pada permukaan kulit seperti tabir yang menghalang krim atau produk lain untuk masuk. Kita kena singkirkannya supaya khasiat dari produk boleh meresap ke dalam kulit.<dermatologis Amy Wechsler>

Ni kak Rin share cara nak buat lemon scrub 

  1. Potong 1/2 biji lemon.
  2. Celupkan lemon ke dalam 1 sudu besar gula. 
  3. Lepas tu scrub lembut pada muka dan juga bibir.
  4. Scrub secara membulat selama 10 minit. 
  5. Lepas tu boleh la bilas dengan air bersih 
😊
Amalkan 2 kali seminggu.
Sesuai untuk membuang sel-sel kulit mati dan kulit berminyak.


  • Gunakan Produk Dalam Urutan Yang Betul
Jika menggunakan 1 set rangkaian produk rawatan wajah, pastikan urutannya betul. Sama ada rawatannya untuk anti -aging/ anti -penuaan , jerawat atau black spot, produk yang ada bahan-bahan aktif perlu dipakai terlebih dahulu. Gunakan produk mengikut formula dan teksturnya.

Serum, biasanya bertekstur lebih ringan dan cair serta cepat meresap ke dalam kulit. Jadi akan lebih efektif jika dioles pada wajah terlebih dahulu. Barulah diikuti dengan sunscreen (siang hari)/ foundation dan krim malam (malam hari)

Pastikan urutan skincare yang betul untuk kesan maksima. Sayang tau, kalau produk yang dibeli tu terbukti berkesan tapi sebab cara guna kurang tepat, kita tak dapat hasil yang kita inginkan.

  • Sapukan Produk Semasa Kulit Masih Lembap
Waktu terbaik untuk guna produk perawatan adalah ketika kulit dalam keadaan lembab setelah wajah dibersihkan. Kulit yang lembab, seperti span yang akan menyerap apapun yang muncul. Jadi, jangan ambil masa terlalu lama untuk memakai krim/ lotion atau serum setelah anda mandi dan cuci muka.

  • Bersihkan Wajah Dengan Air Suam
Untuk bantu kulit serap nutrisi dari skincare, cuci wajah sekali sehari di waktu malam dengan menggunakan air suam-suam kuku kerana ketika ini pori-pori di muka sedang terbuka. Setelah membersihkan wajah, gunakan pula air dingin dan lap kulit muka dengan tuala bersih. Pori-pori muka akan tertutup semula. Kemudian barulah gunakan pelembap atau krim malam dan serum untuk menjaga kelembapan wajah.



Selamat mencuba ye, semoga bermanfaat.

Sumber: Google.





Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback