Thursday 14 May 2015

Hadiah Hari Ibu

Bismillah,

Cerita petang Selasa.

Selepas pulang dari sekolah kebangsaan, anak-anak mama akan bersiap untuk ke sekolah agama pula. Sementara menunggu van tiba, Khaer iaitu putera mama yang ke-3 datang menemui mama.
 
 
Khaer: Mama! Mama! Nampak tak duit RM3 dalam dompet kita.
 
Mama: Tak nampak lah pulak, Mama tak tahu pun Khaer ada duit RM3 tu.
 
Khaer: Ada, kita simpan dalam dompet semalam. Bila kita tengok tadi, duit tu dah tak ada.
(mata Khaer sudah berkaca digenangi air mata)
 
Mama: Khaer nak buat apa dengan duit tu? Papa kan dah bagi duit belanja.
 
Khaer: Kita nak kumpul duit tu, kita nak beli hadiah untuk Mama.
 
Mama: Hadiah untuk Mama? Kenapa nak bagi hadiah?
 
Khaer: Yelah, kita nak bagi hadiah sebab Hari Ibu.
 
Tiba-tiba si Abang menyampuk.
 
Abang: Kalau nak beli hadiah untuk Mama kena kumpul duit banyak. Sebabnya Mama nak hadiah jam je.
 
 
Hahaha, tergelak Mama. Rasa terharu pun ada sebab anak-anak ada usaha nak bagi hadiah untuk Mama. Lagi tak sangka bila ada anak-anak yang tahu kegilaan Mamanya ini.
 
 
Saya memang suka mengumpul jam yang berbagai jenama dan rekabentuk.Terbaru suami ada belikan jam dari Jepun jenama yang paling saya sukai iaitu Swatch. 
Sebenarnya, apabila bergelar ibu bukannya hadiah penghargaan yang diingini. Tetapi dikurniakan anak-anak yang tahu menilai dan  mengasihi ibubapa adalah hadiah yang paling mahal. Semoga kalian semua menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada Agama, Bangsa dan Negara. Sentiasalah berpegang teguh dengan ajaran Allah. Insya Allah akan selamat dunia akhirat.
 
 
Bunga ini pula hadiah pemberian dari si Kakak. Walaupun hanya bunga plastik, Mama tetap hargainya. Terima kasih anak-anakku.

Terima kasih anakku.
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback