Friday 8 May 2015

Arjuna Beta

Salam Jumaat semua,
 
Semoga kita berada dalam limpah rahmat dari Yang Maha Esa.
Blog pun dah lama tak berupdate. Sibuk sedikit dua tiga hari ini, tambahan pula kekeringan idea.
 
 
Tajuk entri kali ini Arjuna Beta, sebenarnya tajuk ini adalah tajuk lagu dari nyayian Finn Jamal. Lagu ini dipasang oleh DJ radio ketika saya berada dalam kereta bersama anakanda Marissa. Saya dalam perjalanan ke klinik kerana membawa anak syurga saya ini menemui doktor.
 
 
Buah hati saya ini, tercedera hidungnya kerana bermain dengan cermin mata yang baru dibeli semalam. Terlebih teruja agaknya, cermin mata yang sepatutnya diletakkan di mata telah dipakaikan ke hidung.
 
 
Malam semalam, Marissa merengek mungkin baru terasa sakitnya. Tetapi bila saya periksa dengan lampu suluh kecil tiada apa-apa luka. Saya mengambil keputusan memberi ubat tahan sakit yang masih baru di dalam peti ais, sementara menunggu untuk membawa ke klinik pada keesokkan harinya. Maklumla klinik yang ada pun bukan dibuka 24 jam.
 
 
Ketika mengejutkan anak syurga saya mandi, saya jadi panik bila ada kesan darah kering di dalam hidungnya. Risaunya hati takut terjadi apa-apa komplikasi. Sepantas kilat saya menyiapkan buah hati saya dan terus membawa ke klinik. Mujurlah pesakit pun tidak ramai pada pagi itu. Setelah memberitahu apa yang terjadi, doktor melakukan pemeriksaan lanjut. Syukurlah tiada apa-apa yang serius. Pesan doktor berikan ubat tahan sakit bila perlu sahaja.
 
 
Alhamdulillah, nampaknya Marissa pun dah beransur sihat. Tidak lagi meragam cuma tiba-tiba sahaja minta untuk tidur dalam buaian. Teringin agaknya, tak pe lah nak, mama turunkan aje. Yang penting dirimu bahagia. Mama akan usahakan dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak semua. Jauhkanlah kedukaan dari membelenggu hidupmu, anak-anak syurga kesayanganku.
 
 
Sebelum mengundur diri, jom saya kongsikan lagu Arjuna Beta ini.(sumber youtube)

1 comment

25 May 2015 at 21:34

Sedih pula dengar lagu nih bagi diri yg punya arjuna dan juga yg telah kehilangan bonda.

Post a Comment
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback