Thursday 19 November 2015

Tahniah anak-anak syurga semua

Salam sayang khas untuk semua.

Semalam 18 November 2015, kami dijemput ke Majlis Kecemerlangan Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Buaya untuk meraikan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam PSRA yang lepas.

Walaupun telah ada anak yang bersekolah tetapi ini adalah kali pertama kami dijemput ke majlis sebegini. Terus terang cakap kami seronok dan bersyukur dengan limpahan rahmat Allah ini. Sekurang-kurangnya pengorbanan saya sebagai ibu dan surirumah sepenuh masa yang melepaskan jawatan dengan gaji beribu dihargai.

Saya berharap kejayaan anak yang seorang ini akan jadi pencetus dan inspirasi untuk adik beradik lain untuk berusaha lebih tekun.

Semoga kejayaan Fakhrul Nazeef ini diiringi kecemerlangan di dunia dan akhirat. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan merupakan titian untuk papa dan mama ke syurga.

Kami bangga memiliki kalian semua sebagai anak-anak kerana kelebihan dan kecenderungan yang berbeza.

Salam kasih sayang untukmu anak-anak.
 

posted from Bloggeroid
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback