Thursday 19 March 2015

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage - Puan Arina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Saya merupakan ibu kepada 5 orang permata hati dan sekarang adalah seorang suri rumah.
Sebelum ini saya pernah berkhidmat selama 14 tahun di sebuah syarikat automotif yang terkenal di Malaysia.
 
Keputusan untuk melepaskan jawatan telah saya buat setelah mendapat persetujuan suami dengan mengambil kira faktor kebajikan anak-anak dan keluarga. Ketika itu hati masih berbelah bahagi kerana memikirkan saya belum ada pendapatan yang stabil tetapi hanya mendapat wang pasif daripada beberapa jual beli.Ketidakstabilan ini menguatkan lagi semangat saya untuk mencari sesuatu yang boleh membantu menjana pendapatan keluarga, meringankan beban suami tersayang dan yang paling utama merealisasikan niat saya untuk menjaga anak-anak.
 
Saya amat gemar mengikuti blog-blog berkaitan kekeluargaan, motivasi dan pendidikan kanak-kanak. Saya mula tertarik dengan blog untuk suri rumah yang berpendapatan walaupun hanya berada di rumah. Blog tersebut sudah tentulah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya juga sempat meneliti beberapa nama "contributors" untuk blog tersebut. Mungkin memang menjadi rezeki saya, ketika membuka facebook Puan Zaila, beliau sedang mempromosikan Kelas Asas Blog & Fanpage.
 
Setelah berbincang dengan suami, saya dapatkan wang RM250 pemberian suami untuk dilaburkan ke kelas Puan Zaila. Salam perkenalan dan niat untuk belajar disambut baik oleh beliau. Setelah pengesahan tempat dibuat dan bayaran diselesaikan, Alhamdulillah dengan izinNya pada 7 Mac 2015 saya ke Shah Alam dengan ditemani suami dan anak-anak. Syukur pada Allah segala-galanya dipermudahkan dari tugasan pertama iaitu mendaftar email hinggalah membina blog dan fanpage berjaya saya selesaikan. Saya menjadi berkobar-kobar untuk memiliki blog dan fanpage kerana telah mempunyai satu produk untuk dipromosikan dan dijual. Produk tersebut adalah hasil kreativiti dan kraftangan teman sewaktu di sekolah menengah. Tetapi dalam masa yang sama, saya amat berharap boleh menjual produk-produk yang lain juga.
 
Menariknya kelas ini pada hari tersebut, dihadiri oleh 2 orang ibu yang mempunyai 5 orang cahaya mata dan gurunya juga adalah ibu dengan 5 orang anak. Indahkan susunan Allah. Nikmat apa lagi yang perlu dinafikan.? Pun begitu, saya tetap terharu kerana pada tarikh yang sama iaitu 7 Mac adalah hari lahir puteri sulung kami Nur Lyana Yasmin yang ke-11. Jadi mudahlah untuk saya mengingati hari pertama saya mengorak langkah untuk memajukan diri.
 
Setelah kelas berakhir, kami tetap berhubung dan belajar secara "online" melalui Whatsapp dan medium file Facebook. Faktor masa juga bukan penghalang kerana kami boleh melaksanakan tugasan mengikut kelapangan masing-masing. Semua kemusykilan dan kesukaran tugasan yang kami ajukan kepada guru iaitu Puan Zaila akan dijawab, diajar dan dilayan dengan baik sekali.
 
Pada pandangan saya Puan Zaila adalah seorang yang sangat berpengetahuan dan banyak pengalaman dalam pelbagai cabang perniagaan sama ada "offline" ataupun "online", penulisan blog dan kehidupan harian kerana minat beliau yang suka membaca dan mencari info. Saya sangat mengagumi beliau dan berharap saya juga boleh berjaya seperti beliau.
 
Secara keseluruhannya Kelas Asas Blog & Fanpage adalah sangat bagus dan bermanfaat untuk wanita di luar sana yang bercita-cita untuk memajukan diri dan berminat untuk menjana pendapatan.
Daftarlah segera dengan akademi ini dan menjadi salah seorang pelajar kepada Puan Zaila yang boleh dihubungi melalui Facebook beliau (FB: Zaila.Mohamad)
 
Sebelum saya mengakhiri ulasan ini, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah daripada ustazcahaya.blogspot.com.
 
Jika waktu bayi dulu kita tidak mahu terus mencuba,
untuk merangkak dan berdiri kerana takut,
untuk merasakan kesakitan kerana terjatuh dan tersadung,
sampai hari ini kita tidak akan dapat berdiri.
 
Insya Allah saya yakin kita semua boleh berjaya. Apa yang penting rajin berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakkal kepada Allah Yang Maha Penyayang. 

Selamat Maju Jaya.
  



Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback