Saturday, 25 June 2016

KHASIAT DAN KELEBIHAN BUNGA MAWAR/ ROS


Selamat berhujung minggu sahabat,

Pastinya kita sudah maklum bunga mawar di anggap sebagai "Ratu Bunga ' kerana keistimewaannya dan simbolik dalam kehidupan. Nama Latinnya juga indah disebut iaitu Rossa Canina. Bukan sekadar lambang cinta sejati, bunga mawar juga bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.







Kesemua bahagian bunga mawar mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak, air mawar , minyak pati mawar dan buah bunga mawar memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia

  • Menghilangkan Jerawat


Air mawar adalah bahan-bahan pembersihan semula jadi yang kaya dengan antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Anda boleh membasuh muka dengan air suam yang telah dicampur dengan air mawar. Biarkan seketika sebelum dibilas. Selain daripada muka anda bersih baunya juga sungguh wangi.

  • Penjagaan kulit 
Bantu untuk mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dengan air mawar. Air mawar boleh mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit. Ia boleh digunakan untuk kulit berminyak atau kulit kering. Air mawar juga mampu memerangi pelbagai penyakit kulit dan ekzema.


  • Rambut Sihat
Air mawar adalah baik untuk kesihatan rambut kerana ia dilengkapi dengan penyaman semula jadi untuk melembapkan. Hanya tuangkan beberapa titik air mawar semasa mencuci. Gabungan dengan syampu pilihan akan mewujudkan aroma wangi yang tersendiri. Juga boleh digunakan selepas mencuci, tuangkan pada rambut yang masih basah, dan urut perlahan-lahan untuk membantu pertumbuhan rambut anda. Di samping itu, air mawar juga boleh mengatasi keradangan dalam kulit kepala dan menghapuskan kelemumur, ya!


  • Kesihatan Mata
Mata letih dan lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan air mawar. Air mawar juga boleh digunakan untuk merawat mata merah dan radang. Titiskan 2-3 titik di mata, kemudian ditutup untuk beberapa minit untuk membersihkan mata. Lakukan rutin untuk mengelakkan jangkitan mata.


  • Miss V
Tahukah anda, kebanyakan rawatan Spa menggunakan air mawar sebagai bahan utama. Ini kerana minyak wangi yang diformulasikan dari air mawar memberi manfaat kepada organ-organ seks anda. 'Bersihkan' Miss V anda dengan air suam masak dicampur dengan air mawar.


  •  Roseship
Biji Rosehip adalah biji dari buah bunga mawar. Selain bahan yang digunakan untuk produk kecantikan, buah yang satu ini berjaya membantu menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol dalam tubuh manusia.
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback