Bismillah,
Jom nak share sesuatu yang mesti uolls suka ^_^
Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .
Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;
- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .
- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .
- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .
- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .
- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .
Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah
- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .
- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya.
- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda.
- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama.
- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit.
- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .
Ais ialah bahan yang mudah didapati dan kos yang sangat murah!
Boleh lah cuba dirumah ye.
Boleh lah cuba dirumah ye.
Sumber: http://bit.ly/1XgunkY