Thursday, 16 June 2016

APA ITU SERUM

Salam sayang semua,
Dah lama kita bersua kan..
Maaf sebab sejak dua menjak busy sikit dengan urusan harian.

Hari ni nak share pasal serum. Semoga bermanfaat.

Dalam dunia kecantikan, istilah serum bermaksud cairan yang mengandungi formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.
Ia bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
Bergantung mengikut fungsi tertentu, setiap serum mengandungi bahan-bahan yang suci dan selamat digunakan seperti vitamin C, asid amino, gliserin, timun dan aloe juga minyak pati.

Ramai yang tertanya perbezaan antara pelembab / krim kecantikan dengan serum muka.

Serum mempunyai partikel yang lebih halus dan mudah diserap oleh kulit berbanding krim.
ia juga berfungsi untuk membaiki struktur dan memperbaharui sel-sel kulit kerana serum dapat menembusi ke lapisan kulit yang paling dalam sepantas 26saat Serum mampu memberi kulit lebih anjal, muda dan cerahdan menaikkan seri wajah

Serum ada pelbagai jenis dimana ia menjadi sumber tambahan untuk memenuhi keperluan sektor kecantikan, perubatan dan makanan. Dalam sektor kecantikan dapat di ulaskan serum ini seperti vitamin yang diperlukan kulit.

Semakin usia meningkat, badan tidak berupaya menghasilkan elastin dan kolagen dengan banyak. Tetapi dengan teknologi masakini, serum siap dibotolkan untuk penggunaan di rumah tanpa perlu ke salun atau butik kecantikan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Dengan penggunaan serum pada usia 20an kita dapat mengelakan tanda penuaan dan menjimatkan duit apabila usia kian meningkat untuk mendapatkan wajah awet muda,insyaallah

#Nadeera
#BeautySimpleOrganic

posted from Bloggeroid
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback