Monday 27 July 2015

Salam Syawal 2015

Bismillah,

Assalamualaikum,

Salam Syawal khas untuk semua.
Seronok dapat kembali menulis dan menaip di laptop dan lebih bahagia dapat berada di rumah manis rumah.

Bagaimana sambutan Syawal kalian? Pasti meriah ye? Bagi saya dan keluarga sambutannya sederhana sahaja memandangkan ini adalah tahun pertama kami menyambutnya setelah saya menjadi suri sepenuh masa di rumah. Sebelum ini persiapannya dikongsi bersama kerana saya juga bekerja dan setiap tahun kami akan dapat pendahuluan sekurang-kurangnya sebulan gaji.
 
Walaubagaimanapun kami tetap bersyukur dan tidak mengurangkan nikmat kami menyambut Syawal. Alhamdulillah.

Jom saya kongsikan nikmat hari raya kami, hihi. :)
 
Sedondon ungu kami sekeluarga, tapi susahnya nak dapat semua muka sedia. Hihi



Keluarga besar kami, inipun tak cukup 2 keluarga lagi.


Opah bersama cucu-cucu yang ada.

Macam-macam gaya pun ada.

Opah dengan cucu-cucu perempuannya. Yang mana sangat mirip Opah Non? hahaha.

Selfie Raya, say cheesse!


Adik-adik en. Suami, 2 orang lagi berkhidmat untuk Negara.Jadinya ada 6 sahaja.
Semoga tahun akan datang dapat kumpulkan semua!



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom jana pendapatan dari rumah, anda boleh tumpukan pada keluarga yang sangat memerlukan anda.
Mari sertai kami di ABDR secara offline ataupun online. Ingin tahu lebih lanjut, jangan segan untuk hubungi saya.









Tuesday 7 July 2015

Salam Ramadhan

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan limpahan rezeki dan umur untuk kita semua meneruskan ibadah puasa yang menginjak ke 10 malam terakhir.

Jom kita ambil kesempatan menambahkan lagi amal ibadat kita kerana dalam 12 bulan hanya ada 1 bulan untuk kita dapat pahala yang berlipatganda. 

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Memang banyak perbezaannya jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelum ini. Walaupun sibuk menguruskan anak-anak tetapi saya dapat lebih banyak masa untuk membaca alquran. Semacam ada satu nikmat, selepas membaca satu ayat ke satu ayat saya rasa tidak mahu berhenti membaca. Itulah keberkatan Ramadhan, bulan penuh rahmat.

Walaupun saya tidak dapat ke surau untuk bersama-sama berjemaah solat sunat terawih, tetapi ianya bukan penghalang untuk kita rebut peluang melakukannya di rumah. Dalam masa yang sama anak-anak kecil pun lebih selesa. Pemberian pahala besar atau kecil itu adalah hak Allah.

Peluang yang ada jangan disia-siakan kerana kita tidak pasti adakah ianya akan datang lagi. Atau mungkin itu peluang kita yang terakhir. Manfaat masa dan umur yang Allah berikan dengan perkara-perkara yang boleh dan mampu menambah nilai untuk hidup kita atau pun hidup orang lain.

Oklah, cukup sampai di sini dulu ceoteh saya. Jika Allah izinkan kita akan bertemu lagi.

Wassalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringin makan nasi arab yang dimasak sendiri dengan rice cooker sahaja. Jom dapatkan pes Nasi Arab Express dari Arabian Kitchen. Didatangkan dengan beras dan pes segera. Produk yang TIDAK PERLU ditumis, cepat, lazat dan boleh dimasak bila-bila masa sahaja.
 

 

Wednesday 1 July 2015

Bekas kotak tisu/ Tissue Cover dan Balang Kuih Promosi sempena Aidilfitri

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan menjalani ibadah puasa pada tahun ini. 

Antara balang kuih berhias felt dan bekas kotak tisu yang bakal menemui tuannya. Terima kasih kepada para pelanggan baru dan pelanggan sedia ada yang buat tempahan. Semoga rezeki kalian terus dimurahkan.

Promosi ini akan diteruskan sehingga 6/7/2015. Selepas dari tarikh ini, harga akan kembali kepada harga normal.

Jom cuci mata jap. smile emoticon
Terima kasih.
 










 
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback