Saturday, 25 June 2016

KHASIAT DAN KELEBIHAN BUNGA MAWAR/ ROS


Selamat berhujung minggu sahabat,

Pastinya kita sudah maklum bunga mawar di anggap sebagai "Ratu Bunga ' kerana keistimewaannya dan simbolik dalam kehidupan. Nama Latinnya juga indah disebut iaitu Rossa Canina. Bukan sekadar lambang cinta sejati, bunga mawar juga bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.







Kesemua bahagian bunga mawar mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak, air mawar , minyak pati mawar dan buah bunga mawar memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia

  • Menghilangkan Jerawat


Air mawar adalah bahan-bahan pembersihan semula jadi yang kaya dengan antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Anda boleh membasuh muka dengan air suam yang telah dicampur dengan air mawar. Biarkan seketika sebelum dibilas. Selain daripada muka anda bersih baunya juga sungguh wangi.

  • Penjagaan kulit 
Bantu untuk mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dengan air mawar. Air mawar boleh mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit. Ia boleh digunakan untuk kulit berminyak atau kulit kering. Air mawar juga mampu memerangi pelbagai penyakit kulit dan ekzema.


  • Rambut Sihat
Air mawar adalah baik untuk kesihatan rambut kerana ia dilengkapi dengan penyaman semula jadi untuk melembapkan. Hanya tuangkan beberapa titik air mawar semasa mencuci. Gabungan dengan syampu pilihan akan mewujudkan aroma wangi yang tersendiri. Juga boleh digunakan selepas mencuci, tuangkan pada rambut yang masih basah, dan urut perlahan-lahan untuk membantu pertumbuhan rambut anda. Di samping itu, air mawar juga boleh mengatasi keradangan dalam kulit kepala dan menghapuskan kelemumur, ya!


  • Kesihatan Mata
Mata letih dan lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan air mawar. Air mawar juga boleh digunakan untuk merawat mata merah dan radang. Titiskan 2-3 titik di mata, kemudian ditutup untuk beberapa minit untuk membersihkan mata. Lakukan rutin untuk mengelakkan jangkitan mata.


  • Miss V
Tahukah anda, kebanyakan rawatan Spa menggunakan air mawar sebagai bahan utama. Ini kerana minyak wangi yang diformulasikan dari air mawar memberi manfaat kepada organ-organ seks anda. 'Bersihkan' Miss V anda dengan air suam masak dicampur dengan air mawar.


  •  Roseship
Biji Rosehip adalah biji dari buah bunga mawar. Selain bahan yang digunakan untuk produk kecantikan, buah yang satu ini berjaya membantu menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol dalam tubuh manusia.

Thursday, 23 June 2016

3 jenis Buah-Buahan untuk Kulit Cantik, Sihat dan Awet Muda

Hai sayang semua,
Kulit halus dan sihat, tidak hanya diperoleh dengan berbagai produk perawatan yang tersedia. Selain sunblock/ pelindung uv yang tidak pernah ketinggalan di dalam beg tangan, anda juga harus mengimbanginya dengan perawatan dari dalam tubuh.
Nutrisi yang diperoleh dari makanan dapat bekerja lebih optima dari berbagai jenis produk yang telah dicuba. Anda akan merasakan hasil yang menakjubkan dengan mengambil tiga jenis buah ini.
  • Mangga
Untuk menjaga kulit kekal lembap dan sekaligus melindunginya dari bahaya matahari, buah mangga adalah pilihannya. Kandungan terbaik dalam mangga, betakaroten akan diubah menjadi vitamin A oleh tubuh.
  • Limau/ oren
Memiliki masalah kedutan halus? Anda dapat menganjalkan kedut dan menyingkirkannya secara perlahan. Kemasan praktik vitamin C ini akan bekerja untuk melindungi sel kulit dari radikal bebas, atom yang akan merosak sel dan mempercepat gejala penuaan.
Vitamin C yang cukup pada kulit dan tubuh badan akan membuatnya tampak segar dan sihat. Menurut Gans, vitamin C ini juga sangat diperlukan untuk meningkatkan penghasilan kolagen, sehingga kedutan dapat diminimakan.
  • Tomato
Selain Mangga dan limau/ oren, tomato juga sangat disarankan jika anda menginginkan kulit yang cantik. Likopen yang merupakan pelindung kulit dari matahari ini akan bekerja sebagai antioksidan.
Menurut satu kajian, orang yang mengambil tomato selama 12 hari memiliki perlindungan 33% pada risiko terbakarnya kulit kerana selaran matahari.
Jom makan secara sihat untuk kulit yang sihat, cantik dan menawan. Ramadhan bukan penghalang ye.


Menghargai Diri

Salam kasih sayang,
Sahabat semua,

Tidak salah menjadi cantik tetapi lebih utama menjadi baik. Dunia cuba menonjolkan orang yang bahagia ialah orang yang cantik. Tetapi tidak, orang yang bahagia ialah orang yang baik.
Namun alangkah bertuahnya mereka yang menggunakan kecantikan untuk mencari kebaikan. Kecantikan itu musnah tetapi kebaikan itu kekal.
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Menjaga kecantikan yang Allah kurniakan kepada kita adalah tanda syukur kita kepadaNya.
Pilihlah Nadeera sebagai alat untuk menyerlahkan kecantikan wajah anda supaya sihat dan berseri-seri secara semulajadi seawal 7 hari,insyaallah ðŸ˜Š
Best ke best?


Untuk order, boleh berhubung dengan kami di:
H/P (WA/ TELE/ sms): 019-2218205
Email: pn.arinali@gmail.comu

FB: Arina Ali
Blog: http://www.pnarina.blogspot.com/
Sila like fanpage kami : Rahsia Awet Muda-Nadeera

Sunday, 19 June 2016

TIPS MUDAH suai padan corak tudung dan baju

Salam sayang semua,

Haaa, mesti kawan-kawan terutamanya wanita dah mula sibuk cari baju dan tudung yang sepadan untuk Raya nanti kan. Tak ada masa nak bersesak kat jalan raya dan que kat shopping mall boleh aje beli online.😉😉

Ni ada tips dari Puan Mary, guru imej untuk membantu.
TIPS MUDAH suai padan corak tudung dan baju
  • Apabila baju sudah bercorak, tudung elok plain. Apabila baju plain, tudung elok bercorak. Gaya begini dipanggil keseimbangan.
  • Baju plain, tidak salah digandingkan dengan tudung plain. Ini adalah gaya simple, minimalis, manis.
  • Baju bercorak, digandingkan dengan tudung bercorak, juga tidak salah. Cuma kesannya ialah mudah nampak sarat. Not everyone can carry such style.
Gaya sarat, secara semulajadi, sukar dipandang enak pada mata, nampak tidak kena.

Credit to: #guruimej #puanmary

Saturday, 18 June 2016

Memang Terbaiklah..

Baru-baru ni Mak sedara saya tanya,
" along,umur 57 kalau guna serum along tu berkesan ke?"

Masih belum terlambat mak long.
Insyaallah boleh membantu memudakan semula wajah.
Kalau pun tak dapat tegang macam umur 18,dapat kurangkan kedut dan nampak muda 5 tahun pun dah syukur alhamdulillah 

KELEBIHAN ANTI AGING FACIAL SERUM
================================
 Menyerap ke dalam kulit sepantas 26 saat
 Menyerap hingga ke dasar kulit untuk memulihkan sel- sel yg telah rosak
 Tidak meninggalkan kesan berminyak
 Tidak merengsakan
 Sesuai digunakan pada bayi(jika perlu)
 Sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT termasuk kulit yg sensitif
 Kulit tidak terasa perit walau kerap terdedah pada cahaya matahari
 Menegangkan kulit
 Mencerahkan kulit secara semulajadi
 Mengecutkan jerawat
 Mengurangkan garis garis halus sekitar mata
Menghilangkan lebam dan sembab bawah mata
Insya Allah😉




Friday, 17 June 2016

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kiub Ais

Bismillah,
Jom nak share sesuatu yang mesti uolls suka ^_^
Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .
Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

  • Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

  • Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

  • Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

  • Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

  • Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

  • Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .
Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

  1. Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .
  2. Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya.
  3. Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda.
  4. Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama. 
  5. Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit. 
  6. Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .
Ais ialah bahan yang mudah didapati dan kos yang sangat murah!
Boleh lah cuba dirumah ye.😉


Thursday, 16 June 2016

APA ITU SERUM

Salam sayang semua,
Dah lama kita bersua kan..
Maaf sebab sejak dua menjak busy sikit dengan urusan harian.

Hari ni nak share pasal serum. Semoga bermanfaat.

Dalam dunia kecantikan, istilah serum bermaksud cairan yang mengandungi formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.
Ia bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
Bergantung mengikut fungsi tertentu, setiap serum mengandungi bahan-bahan yang suci dan selamat digunakan seperti vitamin C, asid amino, gliserin, timun dan aloe juga minyak pati.

Ramai yang tertanya perbezaan antara pelembab / krim kecantikan dengan serum muka.

Serum mempunyai partikel yang lebih halus dan mudah diserap oleh kulit berbanding krim.
ia juga berfungsi untuk membaiki struktur dan memperbaharui sel-sel kulit kerana serum dapat menembusi ke lapisan kulit yang paling dalam sepantas 26saat Serum mampu memberi kulit lebih anjal, muda dan cerahdan menaikkan seri wajah

Serum ada pelbagai jenis dimana ia menjadi sumber tambahan untuk memenuhi keperluan sektor kecantikan, perubatan dan makanan. Dalam sektor kecantikan dapat di ulaskan serum ini seperti vitamin yang diperlukan kulit.

Semakin usia meningkat, badan tidak berupaya menghasilkan elastin dan kolagen dengan banyak. Tetapi dengan teknologi masakini, serum siap dibotolkan untuk penggunaan di rumah tanpa perlu ke salun atau butik kecantikan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Dengan penggunaan serum pada usia 20an kita dapat mengelakan tanda penuaan dan menjimatkan duit apabila usia kian meningkat untuk mendapatkan wajah awet muda,insyaallah

#Nadeera
#BeautySimpleOrganic

posted from Bloggeroid
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback