Tuesday 29 March 2016

Resepi Luk Mei

Salam Selasa sahabat semua,

Jom kita kongsikan bersama resepi rahsia untuk cantik berseri dan awet muda.
Mudah sangat dan kosnya juga tidak tinggi.

LUK MEI nama diberi. Merupakan makanan tradisi Korea,Cina dan Jepun.
Resepi ini pengasas NADEERA dapat dari seorang Makcik Chinese di pasar.

Bahan-bahan:
- Cendawan Tremella
- Barli (optional)
- Jujube (Kurma Merah)
- Longan Kering
- Gula batu
- Daun Pandan.


Cara-cara memasak:
1. Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang. Buang tampuk berwarna kuning di bawahnya.
2. Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan.
3. Rebus lagi selama 45 minit dengan api sederhana.
4. Kemudian masukkan longan kering, kurma merah dan daun pandan serta gula batu.
5. Rebus lagi lebih kurang 5 minit.
Jangan lama-lama, nanti kurma merah itu jadi tawar dan tak sedap.
**Kalau rebus pakai periuk tanah lebih bagus.

Khasiat:
🎀 meningkatkan kelembapan kulit
🎀 anti penuaan
🎀 mengurangkan kedut
🎀 Bagus untuk paru- paru serta sistem penghadaman
🎀 Mengelakkan dari sakit sendi
🎀 antioksida
🎀 antifungal
🎀 anti bakteria
🎀 anti stress
🎀 efektif menangani jaundis pada bayi
🎀 cepat pulihkan luka
🎀 merendahkan kadar kolestrol
🎀 sihatkan usus
🎀 Bantu menangani masalah kencing kotor
🎀 Menyejukkan badan


Banyak lagi khasiatnya yang tak tertaip.
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.
Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dari gundik maharaja Cina. Beliau dikatakan sangat awet muda!
Beliau kelihatan seperti wanita 40 tahun pada usia 80 tahun!
Kalau nak cantik sila minum hari- hari.

Jika rasa ia bermanfaat,silalah kongsikan bersama.

Kredit kepada :Khairunissa Rahin 
‪#‎FounderNadeera‬
‪#‎teamnadeera‬
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback