Tuesday, 31 March 2015

Kiki dah ada babies

Hai semua...
 
Pagi tadi, Si Kiki telah melahirkan anak-anaknya. Kiki sekarang sudah jadi ibu kepada kembar 3 iaitu 2 ekor hitam, dan seekor putih tompok hitam. Ini adalah anak-anaknya yang pertama.
 
Sebenarnya sudah beberapa hari Kiki mundar mandir ke dalam rumah dan bilik-bilik kami, mungkin mencari tempat untuk melahirkan. Pukul 3 pagi tadi Kiki sudah mengiau sambil mencakar tingkap bilik kami. Kiki memang tinggal di pouch kereta kami sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke rumah kerana bulunya selalu gugur. Sangkaan saya dia lapar dan En. Nizam bangun dari tidur untuk memberikan makanan.
 
Pada pukul 9 pagi, City Link datang menghantar barang-barang yang saya beli dari pengedar. Sewaktu saya sibuk menandatangi pengesahan terima, Kiki tak henti-henti mengiau dan cuba menolak pintu rumah yang memang tertutup.
 
Ketika itula saya ternampak seekor anak kucing berwarna hitam sedang dikeluarkan oleh Kiki betul-betul di depan pintu masuk rumah kami.
Aduh!! mengelabah saya dibuatnya...blur sekejap tak tahu nak buat apa. Baru teringat ada sebuah kotak yang disediakan oleh En. Nizam. Terus saya ambil dan mengangkat Kiki dan anaknya yang masih terjuntai itu ke dalam kotak.
 
Tak pasal-pasal jadi Bidan Terjun hari ini. Kerana takutkan anak Kiki dimakan kucing jantan, nak tak nak saya terpaksa membawa Kiki dan anaknya masuk ke dalam rumah, tetapi di dalam Courtyard yang boleh ditutup dengan sliding door.
 
Tengahari tadi En. Nizam terpaksa ke kedai Pets untuk membeli sangkar kucing. Tak pela bebelanja sikit untuk Kiki, lagipun kucing kan haiwan peliharaan kegemaran Nabi Muhammad SAW. 
 
Jom layan beberapa gambar Kiki dan new-born babies. Semoga sihat dan selamat ibu dan anak-anak ye..


2 comments

1 April 2015 at 17:04

wah peminat kucing juga ya

2 April 2015 at 15:59

Hehe, sebenarnya bela ni sebab anak-anak yang suka & sayang kucing.

Post a Comment
Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback