Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini Allah masih mengizinkan kita semua bernafas di bumiNya. Semoga kita terus bersyukur dengan segala nikmatNya dan diberi kekuatan menghadapi semua ujian dan dugaanNya.
Hari ini saya ingin berkongsi pandangan mengenai kraftangan felt yang kini sangat popular dan turut mewarnai dunia kraf serta memberi lebih banyak pilihan kepada peminat seni hasil kraf. Fabrik felt ini dibuat dari serat wool/ bulu bebiri tanpa tenun dan juga felt sintetik yang dihasilkan di kilang. Ianya didatangkan dengan pelbagai tekstur, ketebalan, saiz dan warna serta ciri-cirinya yang mudah dibentuk menjadikannya sesuai untuk hasil kraf yang mampu memukau pencinta kraf seperti rekaan gajah comel, rama-rama, lebah, dompet, bantal berhias, cekak rambut, kasut bayi, pakaian, sarung kotak tisu, kad imbas, keychain, kek, donut dan sebagainya.
Kraftangan ini dihasilkan dengan seni jahitan tangan, teknik tampalan gam atau mesin untuk memastikan cantuman setiap bahagian tampil kemas dan sempurna. Memang sekali pandang ianya mudah dan kini telah dijual set permulaan atau starter kit, Do it Yourself (D.I.Y) dan buku-buku panduan. Kanak-kanak seawal umur 6 tahun juga boleh melakukannya apatah lagi kini banyak kelas-kelas kraf dianjurkan sama ada oleh institusi tertentu ataupun orang perseorangan.
Walaubagaimanpun, ketelitian adalah sangat diutamakan bertujuan untuk mengetengahkan kreativiti penggubah dan menjadikan hasil ciptaan mereka walaupun nampak sama tetapi tidak serupa kerana bertitik tolak daripada idea mereka menyusun atur hiasan dan aksesori seperti manik, butang yang pelbagai bentuk dan warna, huruf atau nombor, tampalan gambar kartun, kuntuman bunga dan sebagainya pada setiap rekaan dan gubahan. Di situlah menjadikan kraftangan felt ini unik dan eksklusif.
Ianya sangat sesuai dijadikan hadiah, cenderamata untuk pelbagai acara seperti untuk majlis hari jadi, aqiqah, perkahwinan, hari guru, doorgift dan juga majlis perpisahan.
Ianya sangat sesuai dijadikan hadiah, cenderamata untuk pelbagai acara seperti untuk majlis hari jadi, aqiqah, perkahwinan, hari guru, doorgift dan juga majlis perpisahan.
Jom saya belanja gambar kraftangan felt dari sumber google yang mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk membuatnya sendiri atau menempah daripada kami.
OK sekian dulu daripada saya, sehingga kita bertemu di entri lain pula. Cadangnya saya ingin berkongsi tentang "Mengapa kraftangan felt mahal".
Nantikan ye..