Syukur Alhamdulillah..Apa khabar semua?
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat buat kita semua.
Sesuatu yang biasa kepada orang yang sudah tahu tetapi mungkin sesuatu yang baru bagi orang tertentu.
Kita berminat untuk menjual E-BOOK yang bagus kepada sahabat, ahli keluarga, saudara mara ataupun sesiapa sahaja. Tetapi bukan semua orang ada idea atau tahu apa itu E-BOOK.
Jom saya bawa kalian semua berkenalan dengan E-BOOK, tak kenal makanya tak cintakan.. :)
Apa itu E-book?
Menurut wikipedia, E-book berasal dari singkatan electronic book, atau e-book. Dikenali juga sebagai buku DIGITAL, merupakan e-teks yang berbentuk media/ informasi dan kadang kala dilindungi dengan hak cipta digital.E-book boleh berbentuk file PDF, Word, HTML, Text, dan lain - lain. E-book ini dihantar melalui EMAIL dan secara ONLINE.
Apa tujuan E-book dihasilkan?
1- E-book boleh dibaca di mana-mana platform yang boleh membuka aplikasi PDF fail. Sebagai contoh seperti di komputer, laptop, telefon pintar, android, iPad ataupun tablet. Kebanyakkan orang lebih gemar untuk membaca di tablet ataupun di iPad memandangkan saiz kedua-dua peranti itu adalah lebih kurang saiz sebuah buku.
2- E-book kebanyakkannya ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki untuk dikongsikan bersama pembaca.
3- Kita mampu membawa E-book ke mana-mana sahaja. Majoriti penduduk Malaysia kini sudah memiliki telefon pintar ataupun android, sudah tentunya mudah untuk menyimpan fail E-book ini di dalam telefon sahaja.
4- Dengan E-book ini, kos dan masa penghantaran dapat dijimatkan. Fail E-book boleh dimuat turun dari Website atau dihantar melalui email secara terus kepada pembaca.
5- Selalunya dengan sistem E-book ini, akan diberikan beberapa pakej percuma seperti interaksi secara online antara penulis dan pembaca.
6- Gaya bahasa penulisan dalam E-book juga sangat santai dan mudah difahami oleh pembaca. Ini kerana, apa yang disampaikan oleh kebanyakkan penulis E-book adalah lebih kepada pengalaman dan berkongsi cerita kepada pembaca.
(sumber dari:google)
(sumber dari:google)
Beza antara buku dan e-book
Buku
|
E-book
|
Dalam bentuk
fizikal (boleh dipegang)
|
Dalam bentuk digital (perisian/ software)
|
Perlu dijaga
dan berat
|
Boleh disimpan di dalam PC, Laptop, Pendrive, 4shared, dll
|
Tidak
memerlukan peranti untuk membaca
|
Memerlukan peranti seperti telefon
pintar(smartphone), iPad, Tablet, PC atau Laptop
|
Perlu dicari
di kedai atau online (perlu tunggu buku sampai)
|
Boleh dimuat turun secara percuma atau membeli menerusi online
|
Ada kos
penghantaran
|
Tiada kos penghantaran kerana akan diemail oleh
penulis.
|
Ok, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini..semoga bermanfaat untuk sahabat semua ye.
Jika anda ingin memiliki E-BOOK dari AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR), di bawah ini ada beberapa E-BOOK yang menarik dan ditawarkan dengan harga promosi.
Jangan segan-segan untuk hubungi saya di 019-2218 205.
Anda buat, anda dapat..Assalamualaikum.