Sayang mama Marissa, genap 3 tahun pada 25 Januari lalu. Tapi masih pakai lampin. Mama jadi bingung sebab kakak dan abang-abang sudah tidak gunakan lampin ketika masing-masing berumur 2 tahun.
Tetapi 2 minggu lepas, Marissa sudah berjaya ucapkan selamat tinggal kepada lampin dan akan maklumkan mama bila mahu ke tandas. Syukur sesangat, kerana dengan ini mama boleh jimatkan perbelanjaan kita dan gunakan wang tersebut untuk tabungan Marissa.
Di bawah ini saya kongsikan bagaimana mama di luar sana boleh melatih buah hati ke tandas.
(sumber: Drypers Malaysia)
Latihan ke tandas
Dua orang yang membuat keputusan bila waktunya untuk berhenti menggunakan lampin: anda dan anak kecil anda. Tidak ada gunanya terburu-buru untuk proses ini; lama-kelamaan semua kanak-kanak akan mengucapkan selamat tinggal pada lampin.
Latihan ke tandas sebenarnya boleh mengelirukan. Tidak ada bezanya seberapa banyak anda melatih anak anda, jika mereka belum bersedia, anda hanya membuang masa anda. Ini bermakna lebih banyak kesibukan tambahan. Anda berdua bersama-sama memutuskan bilakah masanya untuk memulakan latihan ke tandas.
Kawalan pundi kencing
Kanak-kanak mula mampu mengendalikan pundi kencing mereka pada usia 18-24 bulan - dan ini adalah prasyarat asas untuk latihan tandas. Menurut ramai orang, lebih kurang usia dua tahun adalah umumnya merupakan umur yang sesuai untuk mula memperkenalkan konsep menggunakan tandas. Namun peringkat usia ini berbeza-beza. Semua kanak-kanak berbeza –ada yang bersedia pada usia dua tahun, sementara yang lain mengambil sehingga mencecah usia empat tahun. Daripada membimbangkan tentang usia yang betul, adalah lebih baik untuk mengenalpasti tanda-tanda bahawa anak anda bersedia untuk mula mencuba ke tandas.
Bila anda mula latihan ke tandas?
1. Jika anak anda sentiasa kering selama dua jam berturut-turut.
Misalnya, mereka mungkin bangun dengan lampin kering setelah tidur siang. Ini menunjukkan bahawa mereka dapat mempertahankan pundi kencing mereka lebih lama. Bayi berusia tiga bulan kencing berusia lebih kurang satu jam sekali. Tapi tentu saja ini sangat bergantung pada individu.
2. Jika anda melihat ekspresi wajah atau gerakan yang menunjukkan bahawa anak anda menyedari dirinnya buang air kecil atau buang air besar. Sebagai contoh, mereka mungkin berhenti ketika tengah bermain atau menarik sedikit lampin mereka.
3. Jika anak anda ingin menyalin lampin mereka segera sebaik sahaja setelah buang air kecil atau buang air besar. . Ramai kanak-kanak kecil bertindak balas terhadap buang air besar dahulu, kerana air kencing menyerap dengan cepat ke dalam lampin.
4. Jika anak anda mula menunjukkan minat untuk ke tandas dan ingin meniru anda duduk di tandas.
Kekal kering memerlukan masa
Berhenti menggunakan lampin memerlukan masa. Anda perlukan masa untuk mengenal tanda-tandanya, masa yang tepat untuk anak anda ke tandas, masa untuk mengesat genangan air kencing dan mencuci dan menukar pakaian kotor terkena najis. Tapi anda akan tetap dapat sampai ke situ pada akhirnya. Untuk beberapa hari tertentu, semuanya berjalan dengan lancar, sementara pada hari-hari lain ada banyak “kemalangan-kemalangan kecil’. Ianya kadang-kadang nampak agak sukar. Semuanya berkaitan latihan – yang meliputi kepala serta otot-otot sekitar pundi kencing dan usus.
Jangan bandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain - semua orang membesar dengan kadar tumbesaran mereka yang tersendiri. Ada kanak-kanak yang berhenti menggunakan lampin agak cepat, sementara yang lain mengambil sedikit masa yang lebih lama.
Bersabarlah – lambat-laun ianya akan berlaku juga.