Bismillah,
Salam Isnin sahabat positif. Hari ini saya nak share tentang salah satu bahan yang terkandung dalam SERUM by NADEERA.
===========================================================================
Tanaman Jojoba berasal dari Amerika Syarikat bahagian barat daya dan Mexico bahagian barat laut, namun juga tumbuh di Amerika Selatan, Israel, dan Australia.
Tanaman Jojoba berasal dari Amerika Syarikat bahagian barat daya dan Mexico bahagian barat laut, namun juga tumbuh di Amerika Selatan, Israel, dan Australia.
Tanaman jojoba sama dengan pokok renek berwarna hijau kebiruan, memiliki daun yang runcing sehingga menghadkan pendedahan sinar matahari yang berlebihan.
Daun jojoba mempunyai sejenis lapisan berlilin yang membolehkan mereka untuk mengekalkan air semasa keadaan cuaca panas dan kering.
Ketika dewasa, pokok renek tanaman jojoba akan berkembang dalam pelbagai arah antara 1,8 hingga 4,5 meter dan boleh hidup hingga 200 tahun.
Minyak Jojoba
Bunga tanaman jojoba memiliki biji kecil yang berisi lilin cair yang dikenal sebagai minyak jojoba. Minyak jojoba memiliki sifat mirip dengan sebum yang dihasilkan oleh kulit secara semulajadi.
Ini adalah sebab mengapa kulit boleh menyerap minyak jojoba secara semulajadi dan tidak menimbulkan kerengsaan akibat penggunaan minyak tersebut.
Minyak jojoba juga mengandung antioksidan alami, vitamin E, vitamin B, serta bahan lain yang membantu menyembuhkan luka.
Manfaat Minyak Jojoba untuk Kulit
- Minyak jojoba dapat diserap dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori kulit, menjadikannya sebagai pilihan bagi mereka yang memiliki masalah jerawat namun masih ingin melembabkan kulit.
- Minyak jojoba membolehkan kulit mengekalkan keseimbangan pH yang normal, sehingga terhidrat secara merata tanpa menyebabkan ia menjadi berminyak.
- Jojoba juga mengandungi Iodium, yang membantu mencegah pertumbuhan bakteria dan menyembuhkan jangkitan kulat seperti “athlete’s foot”.
- Kandungan vitamin E pada minyak jojoba juga dapat membantu menyamarkan bekas luka.
Serum WajahNadeera menggunakan minyak jojoba sebagai salah satu bahan supaya dapat membantu mengecutkan jerawat seterusnya mencegah jerawat dari tumbuh pada kulit wajah, insyaallah