Monday, 18 July 2016

4 Rahsia Kecantikan Wanita Arab

Salam Isnin Sahabat Hebat,

Selamat menjemput rezeki buat semua yang bekerja tak kisahlah dari tempat bertugas atau hanya dari rumah.
Yang penting kita sama-sama menyumbang untuk mantapkan kehidupan kan..^_^

Hari ini Kak Rin nak share pasal 4 Rahsia Kecantikan Wanita Arab. Selalunya bila terserempak kat mana-mana walaupun bertudung litup dan hanya nampak mata dan tangan sahaja tetapi mulus aje kan kulit tangan mereka.

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah faham, kecantikan wanita Arab dianggap salah satu yang eksotik dari kebanyakan bangsa atau kaum di seluruh dunia.

Tapi apa rahsia mereka ni ye? Menurut penelitian yang dilakukan Clinique La Prairie di Swiss, wanita Arab memiliki kulit yang sihat dan termuda berbanding wanita dari bahagian lain di dunia.

Berikut adalah beberapa sebab yang dinyatakan oleh laman web Lindisima.

  • Kulit sihat
Dalam tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga kurang berminat untuk buat 'tanning', kerana warna kulit mereka biasanya adalah perang. Selain itu, berjemur tidak popular di Arab yang sememang beriklim panas. Bagi mereka, lebih baik tinggal di dalam rumah ketika matahari bersinar daripada keluar menempuh panas.

  • Berpakaian sopan dan jilbab
Majoriti wanita Arab menggunakan hijab dan tudung atas sebab-sebab agama, sebahagiannya atas sebab-sebab budaya. Kaedah ini terbukti berkesan dalam melindungi kulit daripada kekeringan kerana panas dan cahaya matahari.

  • Perawatan kulit
Datang dari ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pengguna bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk penjagaan adalah penting walaupun terpaksa menghabiskan sejumlah besar wang. Wanita Arab tidak teragak-agak untuk mengekalkan kecantikan dengan prosedur seperti botox , laser dan derma fillers.

  • Makanan
Di negara Arab makanan yang dihasilkan adalah dari bahan-bahan segar dan semulajadi. Tahap wanita bekerjaya yang sedikit, turut mempengaruhi stres yang diderita wanita Arab.
Secara umumnya , wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak kawan-kawan dan cuba untuk makan perlahan-lahan. Ini adalah faktor lain kedutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.


Macam mana? Ada yang teringin nak cuba rahsia kecantikan ni? Hehe ^_^

sumber:VIVAnews dan Google


Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback