Assalamualaikum w.b.t
Salam perkenalan buat anda semua.
Saya bernama Arina binti Ali, iaitu gabungan nama ayah dan ibu (Ali + Aminah).
Saya seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak-anak syurga. Saya pernah
berkhidmat dengan syarikat automotif kedua negara, dan melepaskan jawatan
setelah 14 tahun bekerja.
Saya meletakkan jawatan
sehari selepas maal hijrah pada tahun
2014. Saya mengambil keputusan untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah
seorang wanita iaitu menjadi pengurus rumahtangga seperti mana dalam ebook
cikgu saya Puan Zaila – Surirumah juga Boleh Berbisnes.
Saya mula memikirkan untuk
mencari pendapatan sampingan apabila wang simpanan saya semakin susut dan
pendapatan pasif saya tidak menentu. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi
sekarang yang serba tidak kena antara nilai wang dengan barangan yang dibeli.
Dengan izin suami, saya menyertai
Kelas Asas Blog, Fanpage dan Beriklan di Instagram dengan niat untuk membantu
meringankan beban suami. Saya amat bersyukur kerana menemui facebook Puan Zaila
yang kini adalah guru saya. Beliau sentiasa memberi bimbingan dan sokongan
untuk berbisnes. Beliau adalah tempat rujukan saya dan idea beliau sangat
membantu saya untuk lebih bersemangat. Terima kasih cikgu!
Kelas Asas Blog ini menawarkan 2
pakej iaitu asas blog dan penulisan yang mana kita diajar untuk konsisten
menulis, belajar menulis mengikut fokus produk dan belajar menulis dengan
analisa tahu siapa sasaran pembaca. Terakhir sekali kita diajar bagaimana
menukar pembaca kepada pelanggan. Pakej kedua adalah kelas asas bisnes online
iaitu membina kedai alam maya, belajar membuat borang tempahan, membuat lima
label utama, membuat pautan blog dan fanpage. Dengan menyertai kelas ini kami
layak untuk menjual sama ada produk digital atau produk fizikal. Kami juga
boleh menjual produk borong seperti telekung solat dan boleh memilih untuk
menyimpan stok ataupun tidak.
Setelah melengkapi semua tugasan yang
diberikan kami diserap ke Akademi
Bekerja di Rumah (ABDR). Saya berbangga kerana berjaya bersama-sama lebih 1,000
blogger dan surirumah yang berpendapatan. ABDR merupakan kumpulan sokongan khas
untuk suri belajar asas berbisnes online dan memberi sokongan kepada wanita
belajar menjana wang atau pendapatan hanya dari rumah. Ianya juga satu platform
untuk kita belajar berbisnes secara dropship untuk produk fizikal dan juga
menjual produk digital seperti ebook dan servis. ABDR tidak hanya menumpukan
kepada suri rumah sahaja,kumpulan sokongan khasnya juga membantu suri yang
bekerjaya mendapatkan pendapatan secara sampingan. ABDR juga tidak mengenepikan
mereka yang bergelar WAHM (Working at Home Mom). Kami mengejar impian yang
sama, walaupun latar belakang dan bisnes yang kami lakukan adalah berbeza.
Kini, saya bersyukur kerana
dengan izinNya, kedai alam maya saya iaitu Arina Online One Stop Centre telah
diusahakan dan akan terus dikemaskini demi memenuhi keperluan semasa. Kedai
milik saya ini menjual pelbagai barangan kraf dan hiasan serta keperluan seisi
keluarga.
Impian saya, semoga dengan
tertubuhnya kedai alam maya ini akan memberi manfaat kepada mereka yang
memerlukan. Niat utama saya adalah kerana Allah Taala, semoga rezeki yang
dikurniakan ini akan lebih mendekatkan diri saya kepada sang Pencipta.
Sekian dulu coretan saya.
Anda boleh hubungi saya di sini:
H/P (sms/ whatsapp): 019-2218205
email: pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog: www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami : Tips Handmade
Terima kasih semua.
email: pn.arinali@gmail.com
fb: Arina Ali
Blog: www.pnarina.blogspot.com
like fanpage kami : Tips Handmade
Terima kasih semua.