Monday, 24 August 2015

Tips Memperkenalkan Alif Ba Ta Kepada Anak

Assalamualaikum,
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin memastikan anak-anak kita membesar dan diransang perkembangan minda mereka dengan suasana al-quran dalam jiwa anak-anak sedari awal lagi.

Melalui pengalaman saya sendiri, setiap hari saya akan pasangkan lagu Alif Ba Ta dari Upin Ipin ketika menghantar kakak dan abang-abang ke sekolah agama. Walaupun sebutan Marissa dan Safiyya yang berumur 3 tahun dan 2 tahun itu belum lancar, sekurang-kurangnya patah-patah bunyi huruf itu akan tersimpan dalam memori mereka.

Untuk tidurkan Safiyya di dalam buaian pun, lagu itu saya nyanyikan. Si kecil itu pasti menyanyi bersama.

Kini saya sedang memperkenalkan flash felt Alif Ba Ta untuk mereka supaya lebih mudah untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah ini.
Mari kita baca perkongsian dari fit3nan.wordpress.com, Tips menggunakan Kad Imbas/ Flash Card untuk bantu anak-anak kenal huruf al-Quran.

TIPS CARA GUNA FLASHCARD/ KAD IMBASAN

1. Hanya flash/ imbaskan sekali sehari sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

2. Pastikan anak anda gembira semasa bermain  dengan Flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam Flashcard secara kuat, jelas dan berulang-ulang.

3. Untuk lebih berkesan, imbaskan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

Mengapa nak flash/ imbaskan kad satu kad satu saat sahaja?
Kad Imbas aktifkan dan merangsang otak kanan.
Apabila kad imbas itu ditunjukkan pada kelajuan tinggi ianya membentuk (imej) memori segera anak anda - memori otak kanan ini diaktifkan dan ia akan berkembang dengan cepat dan mudah.

Otak kiri dan otak kanan akan bersambung.
Apabila menggunakan kad imbas, cuba untuk tunjuk kurang daripada satu saat setiap kad atau secepat yang boleh dan menyebut imej atau huruf yang ditayangkan.
Imej-imej yang diproses oleh otak kanan dan dari mulut anda akan diproses oleh otak kiri.


Oleh itu, kanak-kanak akan juga lebih mudah mempelajari perkataan baru melalui pengaktifan otak kiri yang bersambung dengan imej pada otak kanan.
Di pasaran terdapat pelbagai jenis Flash Card/ Kad Imbas untuk dipilih. Materialnya juga pelbagai dengan harga yang bersesuaian.

Keistimewaan Kad Imbas My Felt Alif Ba Ta
* Handmade/ buatan sendiri
* Materialnya dari kain (felt - jenis polyester)
* Tahan lama
* Tidak mudah koyak
* Boleh dibasuh dengan cucian tangan jika kotor
* Mudah dibawa ke mana-mana
* Mesra bayi dan kanak-kanak
* Huruf alif - ya ditampal di kedua-dua belah kad
* Saiz 8cm x 10cm
Di Arina Online kami menyediakan 2 jenis tema warna dan 2 set huruf iaitu:
1) Ceria - (5 warna kad dan huruf)
2) Asas/ Plain - (1 warna kad, 1 warna huruf)
Manakala set huruf pula:
1) Set Huruf sahaja
    RM38

Tema Asas/ Plain, Set Huruf
2) Set Baris Atas
     RM40
Tema Ceria, Set Baris Atas
Sempena bulan kemerdekaan, kami ingin menawarkan harga yang terbaik untuk anda. Ibu-ibu juga akan kami hadiahkan dengan pin tudung/ shawl yang comel dan percuma sahaja.(pinjam gambar google)

* harga belum termasuk pos.


Jangan lupa hubungi kami jika anda berminat untuk menempahnya.

Hp: 019-2218 205 (WA/ Tele/ SMS sahaja)
Email: pn.arinali@gmail.com
Messenger FB: Arina Ali
Fanpage: Tips Handmade Felt Decor & Home Collection

Salam sayang :)



Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback