Salam kasih sayang semua khas untuk ibu, mama, umi, mummy, mak dan bonda yang hebat.
Soalan hari ini: Bagaimana bermain bantu bentuk perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak?
Antara jawapan rujukan Harian Metro: Bermain adalah perkara penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak kerana ia membentuk bukan sahaja fizikal, kognitif (mental) tetapi turut membabitkan perkembangan emosi serta sosial (budaya) kanak-kanak berkenaan.
1) Aktiviti berkenaan bukanlah satu paksaan sebaliknya lebih kepada keinginan semulajadi mereka terhadap apa yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan tanpa memikirkan kesan bagi setiap aktiviti yang dilakukan itu.
2) Sebab itu sebagai ibubapa adalah penting untuk memantau dan memastikan keselamatan anak-anak kerana anak-anak belum mampu membezakan situasi yang selamat atau bahaya.
3) Selain itu, bermain juga dapat memberi pengalaman mengenai keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.
4) Dari segi kognitif, kanak-kanak belajar cara menggunakan fikiran mereka melalui deria rasa sama ada melalui melihat, merasa, mendengar, menghidu serta membezakan saiz, warna, berat dan tekstur.
5) Manakala jika dilihat perkembangan sosial pula, apabila kanak-kanak berkenaan berhubungan dengan orang lain, mereka akan lebih mahir bercakap dan mendengar. Mereka lebih cekap berkomunikasi dan apabila bermain secara tidak langsung memberikan lebih banyak tindak balas dua hala.
6) Akhir sekali, apabila kanak-kanak berasa gembira mereka belajar untuk mengawal pergerakan serta tindak balas mereka terhadap perlakuan sesama sendiri. (kredit kepada: Harian Metro)
Di Arina Online One Stop Centre kami menyediakan pelbagai permainan berunsurkan pendidikan untuk anak-anak syurga kita ini.
Untuk "Edutoys" stok tersedia boleh rujuk di sini: Edutoys Ready Stock - Pakej Anakku Bijak
Manakala untuk tempahan pre-order, sila rujuk di sini: Edutoys - PreOrder Pakej Anakku Pintar