Monday, 24 August 2015

Tips Memperkenalkan Alif Ba Ta Kepada Anak

Assalamualaikum,
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin memastikan anak-anak kita membesar dan diransang perkembangan minda mereka dengan suasana al-quran dalam jiwa anak-anak sedari awal lagi.

Melalui pengalaman saya sendiri, setiap hari saya akan pasangkan lagu Alif Ba Ta dari Upin Ipin ketika menghantar kakak dan abang-abang ke sekolah agama. Walaupun sebutan Marissa dan Safiyya yang berumur 3 tahun dan 2 tahun itu belum lancar, sekurang-kurangnya patah-patah bunyi huruf itu akan tersimpan dalam memori mereka.

Untuk tidurkan Safiyya di dalam buaian pun, lagu itu saya nyanyikan. Si kecil itu pasti menyanyi bersama.

Kini saya sedang memperkenalkan flash felt Alif Ba Ta untuk mereka supaya lebih mudah untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah ini.
Mari kita baca perkongsian dari fit3nan.wordpress.com, Tips menggunakan Kad Imbas/ Flash Card untuk bantu anak-anak kenal huruf al-Quran.

TIPS CARA GUNA FLASHCARD/ KAD IMBASAN

1. Hanya flash/ imbaskan sekali sehari sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

2. Pastikan anak anda gembira semasa bermain  dengan Flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam Flashcard secara kuat, jelas dan berulang-ulang.

3. Untuk lebih berkesan, imbaskan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

Mengapa nak flash/ imbaskan kad satu kad satu saat sahaja?
Kad Imbas aktifkan dan merangsang otak kanan.
Apabila kad imbas itu ditunjukkan pada kelajuan tinggi ianya membentuk (imej) memori segera anak anda - memori otak kanan ini diaktifkan dan ia akan berkembang dengan cepat dan mudah.

Otak kiri dan otak kanan akan bersambung.
Apabila menggunakan kad imbas, cuba untuk tunjuk kurang daripada satu saat setiap kad atau secepat yang boleh dan menyebut imej atau huruf yang ditayangkan.
Imej-imej yang diproses oleh otak kanan dan dari mulut anda akan diproses oleh otak kiri.


Oleh itu, kanak-kanak akan juga lebih mudah mempelajari perkataan baru melalui pengaktifan otak kiri yang bersambung dengan imej pada otak kanan.
Di pasaran terdapat pelbagai jenis Flash Card/ Kad Imbas untuk dipilih. Materialnya juga pelbagai dengan harga yang bersesuaian.

Keistimewaan Kad Imbas My Felt Alif Ba Ta
* Handmade/ buatan sendiri
* Materialnya dari kain (felt - jenis polyester)
* Tahan lama
* Tidak mudah koyak
* Boleh dibasuh dengan cucian tangan jika kotor
* Mudah dibawa ke mana-mana
* Mesra bayi dan kanak-kanak
* Huruf alif - ya ditampal di kedua-dua belah kad
* Saiz 8cm x 10cm
Di Arina Online kami menyediakan 2 jenis tema warna dan 2 set huruf iaitu:
1) Ceria - (5 warna kad dan huruf)
2) Asas/ Plain - (1 warna kad, 1 warna huruf)
Manakala set huruf pula:
1) Set Huruf sahaja
    RM38

Tema Asas/ Plain, Set Huruf
2) Set Baris Atas
     RM40
Tema Ceria, Set Baris Atas
Sempena bulan kemerdekaan, kami ingin menawarkan harga yang terbaik untuk anda. Ibu-ibu juga akan kami hadiahkan dengan pin tudung/ shawl yang comel dan percuma sahaja.(pinjam gambar google)

* harga belum termasuk pos.


Jangan lupa hubungi kami jika anda berminat untuk menempahnya.

Hp: 019-2218 205 (WA/ Tele/ SMS sahaja)
Email: pn.arinali@gmail.com
Messenger FB: Arina Ali
Fanpage: Tips Handmade Felt Decor & Home Collection

Salam sayang :)



Thursday, 20 August 2015

Pakej Edutoys Harga Meletop

Selamat Pagi para sahabat yang hebat,
 
Di sini kami ingin memaklumkan beberapa pakej Edutoys Anakku Bijak dah Out Of Stock.
 
Jika ibu-ibu gojes dan teman-teman yang manis ingin mendapatkan pakej yang tersedia cepat-cepat pilih ye.
 
Nak dapatkan maklumat tentang produk, meh la pm.
 
Jom kita tengok pakej yang masih ada dan sold out di sini.
 
Terima kasih.
 





 





 

Tuesday, 18 August 2015

Edutoys - PreOrder Pakej Anakku Pintar

Salam,

Lagi permainan pendidikan untuk anda pilih, tetapi kali ini kami datangkan pakej Pre-Order.
Barang permainan ini dijangka akan sampai pada 20 Sept 2015.

Untuk mengesahkan tempahan anda semua bayaran deposit sebanyak 50% perlu dijelaskan.
Harga pada pakej belum termasuk kos pos.

Terima kasih semua.














Edutoys - Ready Stock Pakej Anakku Bijak

Assalamualaikum,
 
Antara Edutoys yang ada di Arina Online One Stop Centre.
Pakej yang disediakan adalah dengan jaminan harga terbaik.
Anak-anak anda layak mendapatkan permainan yang berunsur pendidikan untuk memastikan perkembangan mereka lebih baik.
 
Kerana bermain adalah dunia mereka.
 











 
Dapatkan segera kerana stok yang ada semakin menyusut.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami

Tips anak-anak bijak dan pintar

Assalamualaikum, 

Salam kasih sayang semua khas untuk ibu, mama, umi, mummy, mak dan bonda yang hebat.

Soalan hari ini: Bagaimana bermain bantu bentuk perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak?

Antara jawapan rujukan Harian Metro: Bermain adalah perkara penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak kerana ia membentuk bukan sahaja fizikal, kognitif (mental) tetapi turut membabitkan perkembangan emosi serta sosial (budaya) kanak-kanak berkenaan.

1) Aktiviti berkenaan bukanlah satu paksaan sebaliknya lebih kepada keinginan semulajadi mereka terhadap apa yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan tanpa memikirkan kesan bagi setiap aktiviti yang dilakukan itu.

2) Sebab itu sebagai ibubapa adalah penting untuk memantau dan memastikan keselamatan anak-anak kerana anak-anak belum mampu membezakan situasi yang selamat atau bahaya.

3) Selain itu, bermain juga dapat memberi pengalaman mengenai keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

4) Dari segi kognitif, kanak-kanak belajar cara menggunakan fikiran mereka melalui deria rasa sama ada melalui melihat, merasa, mendengar, menghidu serta membezakan saiz, warna, berat dan tekstur.

5) Manakala jika dilihat perkembangan sosial pula, apabila kanak-kanak berkenaan berhubungan dengan orang lain, mereka akan lebih mahir bercakap dan mendengar. Mereka lebih cekap berkomunikasi dan apabila bermain secara tidak langsung memberikan lebih banyak tindak balas dua hala.

6) Akhir sekali, apabila kanak-kanak berasa gembira mereka belajar untuk mengawal pergerakan serta tindak balas mereka terhadap perlakuan sesama sendiri. (kredit kepada: Harian Metro)

Di Arina Online One Stop Centre kami menyediakan pelbagai permainan berunsurkan pendidikan untuk anak-anak syurga kita ini.

Untuk "Edutoys" stok tersedia boleh rujuk di sini: Edutoys Ready Stock - Pakej Anakku Bijak

Manakala untuk tempahan pre-order, sila rujuk di sini: Edutoys - PreOrder Pakej Anakku Pintar


 
 





Di sebalik Tabir #2

Alhamdulillah,

Bertemu lagi kita, apa khabar semua?Semoga kita berada dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik.

Untuk entry kali ini saya ingin sambungkan entry di Sebalik Tabir sebelum ini. Antara hasil yang berjaya saya buat. Memang bukan mudah membuatnya apatah lagi dengan anak-anak yang mahukan perhatian.









Walaupun tak seberapa, sekurang-kurangnya dapat juga saya gilap skill menjahit yang telah lama saya tinggal.

Semoga bertemu lagi.





Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback