Tuesday, 14 March 2017

5 KEBAIKAN HAMPAS TEH

Selamat petang, sahabat hebat <3
Jom kak Rin nak share beberapa manfaat hampas teh. Info ni hasil bacaan di Google. Then diolah ikut kefahaman kak Rin & juga dari pengalaman sendiri.

5 MANFAAT HAMPAS TEH
====================
Dalam hampas teh ada banyak manfaat, bukan aje untuk cantikkan kulit tapi boleh menyihatkan jugak. Ada satu kajian ni hampas teh mengandungi vitamin sebanyak 508 kali dari jus lemon. Wahhh banyak tu, tapi kena lah rajin amal.
1. Mencerahkan Kulit
Hampas teh yang kaya dengan vitamin C dan E bantu untuk cerahkan kulit secara semulajadi. Bukan la putih melepak tu ye. Tapi lebih kepada kulit bersih dan berseri.

Caranya: Gunakan hampas teh yang sudah terendam semalaman dan gosok lembut ke wajah. Biarkan selama 5 ke 10minit. Lama-lama sangat nanti rasa gatai muka tu. Pastu bilas bersih.

2. Mengurangkan Jerawat
Dengan cara yang sama hampas teh bantu kurangkan jerawat biasa bukanlah yang tahap serius (jerawat batu atau bernanah). Cuba buat tiga kali seminggu ^_^. Insya Allah jerawat tu akan surut tanpa tinggalkan parut.

3. Wajah Lebih Awet Muda
Bila konsisten buat skrub dan masker teh ni, kulit pun boleh jadi awet muda sebab teh ada antioksidan untuk bantu cegah radikal bebas. Punca muka nampak lebih tua dari usia.

4. Detoks Wajah
Hampas teh juga boleh dijadikan pencuci muka sekiranya korang nak bertukar skincare yang lebih serasi. Kebiasaannya sebelum bertukar kita perlu rehatkan kulit muka sekurang-kurangnya seminggu. So bolehlah detoks wajah guna cara semulajadi ni.

5. Hilangkan Bau Kaki
Bau yang tak best ni boleh dihilangkan dengan rendaman teh yang suam. Sambil-sambil tu gosok lah celahan jari untuk merawat kulat dan bakteria punca bau, Kalau diamalkan selama 2 minggu ke 3 minggu, insya Allah sangat membantu. Selain mudah, cara ni sangat jimatkan duit uolls.

Ok, itu aje. Semoga bermanfaat.

#HappyWahmMenulis



Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback