Friday, 29 April 2016

5 Tips Pupuk Minat Anak Membaca.

Salam Jumaat yang Barakoh,
Perkongsian ini dikreditkan kepada www.facebook.com/koleksianakbijak
Bagaimana memupuk anak untuk membaca?
#1 - Banyakkan bercakap dengan anak.
Biasakan anak dengan bahasa yang kita mahu ajar. Sebaik-baiknya ajar dahulu bahasa yang kita biasa guna setiap hari. Bercakap dengan anak menggunakan ayat ringkas dan jelas. Contohnya : Gajah besar. Gajah suka makan tebu.
#2 - Hadiahkan buku yang menarik mengikut minat anak.
Jika anak sangat suka haiwan, beri dia buku mengenai haiwan. Pilih buku yang berwarna-warni dan banyak gambar.
#3 - Adakan "bed-time" story setiap hari.
Bacakan buku cerita kegemaran anak setiap kali sebelum tidur. Ibubapa perlu kreatif bercerita dengan intonasi yang menarik dan mimik muka yang pelbagai. Wujudkan unsur suspens dan berhenti bercerita semasa anak sedang teruja mendengar. Katakan padanya kita akan sambung cerita itu keesokan hari. Pasti anak tidak sabar menunggu malam esok!
#4 - Bawa anak ke perpustakaan atau kedai buku.
Anak pasti teruja bila melihat buku yang banyak. Boleh biarkan anak memilih buku yang disukainya dan ajak mereka membaca bersama-sama sambil bergurau-senda. Jadikan ia aktiviti mingguan atau bulanan. Pasti akan menjadi memori indah untuk anak-anak.
#5 – Wujudkan sudut bacaan yang menarik di rumah.
Adakan satu sudut khas untuk membaca. Sediakan rak buku yang mudah untuk anak ambil sendiri buku yang disukainya.
Kesimpulannya, anak-anak perlu dipupuk sejak awal agar mereka suka membaca kerana terlalu banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan membaca. Ibu dan ayah juga perlu tunjukkan contoh teladan pada anak-anak.








Jika berminat untuk dapatkan koleksi buku-buku ataupun edutoys yang sesuai untuk anak-anak syurga jemput ke link:
http://pnarina.blogspot.my/search/label/Edutoys

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

H/P (WA/ TELE/ sms): 019-2218205
Email: pn.arinali@gmail.comu

FB: Arina Ali
Blog: http://www.pnarina.blogspot.com/
Sila like fanpage kami : Tips Handmade

Name:
Email Address:
Shipping Address:
Your H/P no.
Your order details and quantity required

This form powered by Freedback