Bismillah,
Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan limpahan rezeki dan umur untuk kita semua meneruskan ibadah puasa yang menginjak ke 10 malam terakhir.
Jom kita ambil kesempatan menambahkan lagi amal ibadat kita kerana dalam 12 bulan hanya ada 1 bulan untuk kita dapat pahala yang berlipatganda.
Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Memang banyak perbezaannya jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelum ini. Walaupun sibuk menguruskan anak-anak tetapi saya dapat lebih banyak masa untuk membaca alquran. Semacam ada satu nikmat, selepas membaca satu ayat ke satu ayat saya rasa tidak mahu berhenti membaca. Itulah keberkatan Ramadhan, bulan penuh rahmat.
Walaupun saya tidak dapat ke surau untuk bersama-sama berjemaah solat sunat terawih, tetapi ianya bukan penghalang untuk kita rebut peluang melakukannya di rumah. Dalam masa yang sama anak-anak kecil pun lebih selesa. Pemberian pahala besar atau kecil itu adalah hak Allah.
Peluang yang ada jangan disia-siakan kerana kita tidak pasti adakah ianya akan datang lagi. Atau mungkin itu peluang kita yang terakhir. Manfaat masa dan umur yang Allah berikan dengan perkara-perkara yang boleh dan mampu menambah nilai untuk hidup kita atau pun hidup orang lain.
Oklah, cukup sampai di sini dulu ceoteh saya. Jika Allah izinkan kita akan bertemu lagi.
Wassalam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringin makan nasi arab yang dimasak sendiri dengan rice cooker sahaja. Jom dapatkan pes Nasi Arab Express dari Arabian Kitchen. Didatangkan dengan beras dan pes segera. Produk yang TIDAK PERLU ditumis, cepat, lazat dan boleh dimasak bila-bila masa sahaja.