Bismillah,
Alhamdulillah, dengan izinMu ya Allah puteri kecil kami Nur Azzalea Saffiya sudah pun berumur dua tahun pada 13 Jun 2015 yang lalu.
Syukur kerana dengan redhaMu ya Allah, puteri kecil ini masih dimurahkan rezeki dengan titis-titis emas. Semoga ada berkat di dalam setiap titisan itu. Moga diri anak kecil di dalam lindunganMu ya Allah, dijadikan anak yang solehah dan terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga dirimu berjaya dunia dan akhirat.
Doa mama dan papa sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Jadilah anak yang bermanfaat kepada semua.
Kami semua menyayangimu hingga ke Jannah. Love you so much baby piya. Muah!