Bismillah,
Syukur Alhamdulillah akhirnya sudah sampai ke entri 44. Lengkap sudah tugasan saya selaku pelajar ABDR. Ianya juga merupakan hadiah hari lahir yang paling bermakna buat saya. Tarikh 18 Mei 2015 akan sentiasa kekal di memori.
Terima kasih kepada Cikgu Zaila yang tidak putus-putus beri kata semangat dan perangsang. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan Jemaah ABDR yang memberi sokongan dan perkongsian ilmu.
Sudah tentu juga ucapan terima kasih kepada encik suami yang memberi dorongan dan kerjasama sepanjang tempoh saya meyiapkan tugasan dan berbisnes.Terima kasih kepada Umi's Felt Décor yang sudi jadi pembekal untuk produk felt yang cantik dan comel.
Kepada semua pelanggan tersayang, terima kasih kerana terus memberi kepercayaan membeli dengan kami. Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anda semua.
Doa saya semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk saya harungi dunia baru sebagai seorang suri yang bekerja di rumah. Segalanya bermula dengan langkah pertama dan kekentalan hati untuk mencuba. Saya amat yakin dengan rezeki Allah Yang Maha Luas.
Selepas ini semoga Allah terus beri ilham dan idea untuk saya konsisten menulis, sama ada iklan bisnes atau perkongsian untuk pembaca semua. Saya mengalu-alukan cadangan dan komen untuk penambahbaikkan blog dan bisnes saya.
Sekian, salam sayang untuk semua.
Felt Cake (sumber: Google) |